Bekas penyerang Liverpool, Danny Ings terus menghantui kelab lamanya. Dan kali ini gol awal beliau dalam perlawanan di St Mary telah menjadi gol kemenangan buat pasukannya.

Liverpool turun dalam misi bangkit daripada kegagalan menang dalam 2 perlawanan terakhir.

Jurgen Klopp menurunkan Jordan Henderson di bek tengah.

Namun seawal minit ke-2, Liverpool bolos menerusi Danny Ings. Ianya bermula daripada sepakan percuma Ward Prowse yang gagal dikeluarkan oleh Trent Alexander Arnold.

Ings melakukan lob yang menewakan Alisson. Dan itu adalah jaringan ke-50 Ings dalam Liga Perdana Inggeris.

Liverpool memberikan respon dengan meningkatkan intensiti permainan mereka. Namun masalah utama Liverpool adalah ketumpulan di hadapan gol.

Sepanjang separuh masa pertama Liverpool gagal mencetak sebarang percubaan tepat.

Berambung babak kedua, pada awal babak, Liverpool meminta penalti. Namun pengadil tidak mengendahkannya.

Southampton mulai lebih defensif dan berkampung di kawasan sendiri. Ancaman Liverpool banyak hadir daripada Sadio Mane.

Tetapi skrip dia tetap sama iaitu tiada penyudah. Liverpool terlalu bergantung kepada ancaman dari dalam kotak penalti dan tidak ada ancaman tambahan dari luar kotak penalti – menerusi rembatan jarak jauh.

Southampton malah hampir menambah gol apabila  Valery berjaya mengatasi Alisson yang naik. Namun bola berjaya dikeluarkan oleh Liverpool.

Pada babak akhir perlawanan Liverpool mendapat beberapa siri peluang gol. Semuanya tidak dapat disudahkan.

Dan akhirnya Liverpool menelan kekalahan kedua mereka musim ini.

Southampton kini mencipta rekod unik – berjaya menewaskan kesemua juara bertahan sebanyak 7 kali.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Lampard Tak Risau Dipecat Sebab Chelsea Lalui Benda Sama Musim Lalu

EPL: Manchester City Unggul Di Stamford Bridge

Wenger: Enigma Seorang Idealis, Zon 14 Dan Highury