Manchester City memulakan kempen dengan kemenangan ke atas Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux.

Skuad Pep Guardiola berjaya mengalahkan Wolves 3-1 dalam aksi yang agak sengit.

Wolves ternyata masih pasukan yang akan memberikan masalah kepada mana mana pasukan besar yang lain.

Walaupun Man City dominan dalam perlawanan ini, Wolves tetap mencipta banyak peluang gol.

Pada awal perlawanan Raheem Sterling dijatuhkan oleh Conor Coady di dalam kotak penalti. Pengadil memberikan penalti, namun selepas mendapatkan pandangan VAR, penalti itu ditarik semula.

Pada minit ke De Bruyne dijatuhkan di dalam kotak penalti dan beliau sendiri menyempurnakan penalti tersebut.

Rui Patricio sudah dapat membaca bola, namun beliau tak mampu menyelamatkan bola yang sangat laju.

Pada minit ke-32, Phil Foden menambah satu lagi gol untuk City. Ini selepas beliau menerima bola daripada rakan senegara, Raheem Sterling.

Eid9JvMXYAEsBKd

De Bruyne sepatutnya meletakkan City 3 gol di hadapan sebelum rehat, sayang sekali beliau gagal menewaskan Rui Patricio dalam situasi satu lawan satu.

Memasuki babak kedua, Wolves mulai meningkatkan lagi tempo perlawanan mereka dan menggandakan serangan.

Bintang sensasi Wolves yang dikaitkan dengan banyak kelab, Raul Jimenez merapatkan jurang gol pada minit ke-78.

Namun, Pep Guardiola dapat menarik nafas lega setelah Gabriel Jesus memastikan kemenangan 3-1 dengan rembatan jarak dekat beliau.

Tamat perlawanan, Man City memulakan kempen dengan membawa pulang 3 mata daripada pasukan yang dianggap kuda hitam dalam saingan EPL.

Baca juga perkembangan lain

FPL: Hampir Setengah Juta Jual Son, Dan Lebih Setengah Juta Beli Bruno Fernandes Untuk GW2

Koeman Dilaporkan Mahu Tendang Riqui Puig, Beliau Menafikannya

Serie A: Debut Cemerlang Pirlo, Cristiano Ronaldo Terus Meledak