Manchester City berpesta gol dalam kemenangan 5-0 ke atas West Bromwich Albion (WBA). Kemenangan ini membolehkan Man City memintas Man United dalam carta liga.

City memulakan langkah dengan ancaman seawal minit keempat menerusi Phil Foden. Namun terkena tiang.

Dua minit kemudian pelawat berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi pemain atarabangsa Jerman Ilkay Gundogan.

Man City terus menguasai permaian  begitu dominan dan berterusan menyerang kubu WBA.

Pada minit ke-20, City menghasilkan gol kedua menerusi gol cantik Joao Cancelo. Namun pengadil terpaksa melihat VAR terlebih dahulu kerana penjaga garisan menaikkan bendera ofsaid.

VAR kemudian  mengesahkan gol tersebut dan City berada dua kosong di hadapan.

10 minit kemudian, Ilkay Gundogan menambah gol lagi – kedua untuk peribadi – selepas kesilapan pemain lawan Romaine Sawyers.

WBA menamatkan separuh masa pertama dengan ketinggalan 4 gol di belakang. Ianya kerana Riyad Mahrez sempat menambah gol pada masa kecederaan.

Ianya dengan melakukan gelecekan dari sebelah kiri gawang mereka dan menewaskan penjaga gol dengan rembatan ke far post.

Pada separuh masa kedua, City cuba mengendurkan sedikit tempo mereka untuk tidak terlalu intensif. Mungkin untuk menjaga kecergasan pemain mereka.

Namun City tetap lebih dominan dan menambah satu lagi gol pada minit ke-57 menerusi Raheem Sterling.

Kemenangan ini meletakkan Man City sebagai pendahulu liga memintas jiran sebandar Man United – untuk jumlah perlawanan yang sama.

Namun United tetap berpeluang merampas semula kedudukan teratas apabila turun menentang Sheffield United pada awal pagi esok waktu Malaysia.

Baca juga perkembangan lain

RASMI: Tuchel Tak Sabar Nak Mulakan Tugasan Di Chelsea

Coppa Italia: Inter Singkir AC Milan, Zlatan Kad Merah, Eriksen Skor Minit 90+7

Pro Dan Kontra Pelantikan Tuchel Di Stamford Bridge