Chelsea berjaya mengelak daripada kekalahan di gelanggang sendiri apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol dan mengikat Liverpool.

Thomas Tuchel memutuskan untuk tidak menurunkan Romelu Lukaku. Pemain itu malah tidak berada dalam senarai pasukan langsung walaupun di senarai simpanan.

Ianya selepas komen kontroversi Lukaku ke atas taktikal pengurusnya dan juga komen Lukaku tentang Inter Milan.

Liverpool beraksi tanpa Jurgen Klopp di tepi padang kerana covid-19. Pep Ljinders mengambil alih.

Sadio Mane meletakkan The Reds di hadapan hanya selepas 9 minit perlawanan. Kesilapan Chalobah telah dihukum oleh Sadio Mane yang menggelecek Edouard Mendy.

Liverpool kemudian menambah lagi gol menenerusi Mohamed Salah selepas menerima hantaran cantik Trent Alexander Arnold pada minit ke-26. Salah menewaskan Mendy dengan sungkitan yang cantik.

Namun Chelsea bangkit pada babak akhir separuh masa pertama. Kovacic melakukan voli berkelas dunia untuk menewaskan Kelleher.

Kovacic menjadi nadi penting Chelsea di tengah.

Chelsea kemudian menyamakan kedudukan menerusi Christian Pulisic yang menyempurnakan serangan balas pasukannya.

Sebelum wisel rehat, Pulisic hampir menambah gol menerusi satu voli, namun Kelleher melakukan save yang cantik.

Pada separuh masa kedua, Chelsea meneruskan tekanan ke atas Liverpool.

Kedua dua pasukan memiliki peluang terbaik untuk memenangi perlawanan namun penyudah yang tumpul membuatkan kedua dua pasukan hampa.

Tamat perlawanan, Chelsea 2 Liverpool 2.

Keputusan ini pastinya membuatkan Manchester City tersenyum gembira di puncak liga.