Chelsea berhempas pulas untuk bangkit pada separuh masa kedua. Ini selepas mereka dengan mengejutkan sekali ketinggalan 3 gol tanpa balas pada separuh masa pertama.

Chelsea berjaya mengelakkan kekalahan menentang West Bromwich Albion dalam aksi yang dikuasai oleh The Blues.

WBA menjaringkan tiga gol, dua dari mereka dari Callum Robinson. Satu lagi dijaringkan oleh Kyle Bartley.

Callum Robinson menjaringkan gol pertama perlawanan seawal minit ke-4, menewaskan Willy Caballero yang menggantikan Kepa Arrizabalaga.

Callum Robinson sekali lagi menjaringkan gol ke atas Chelsea pada minit ke-25.

Debut Thiago Silva agak dirosakkan oleh kesilapan defensif pemain itu yang memberikan peluang gol kepada lawan yang ketiga.

Kyle Bartley mendapat peluang gol selepas Silva terlepas bola.

Selepas aksi lesu di separuh masa pertama Chelsea melakukan beberapa pertukaran pada separuh masa kedua dan hasilnya mereka membalas 3 gol tersebut.

Mason Mount membidik tepat dari luar kotak penalti pada minit ke-55.

15 minit kemudian giliran pemain gantian, Callum Hudson Odoi merapatkan jurang gol. Beliau mendapat lorongan kemas daripada Kai Havertz.

Dan ketika WBA turun bertahan dengan kesemua pemain mereka, Tammy Abraham menjaringkan gol ketiga Chelsea minit ke 90+3, masa kecederaan selepas bola muntah daripada penjaga gol.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3.

Selepas tamat perlawanan Tammy Abraham berkongsi kata kata motivasi Lampard di bilik persalinan kepada mereka.

“Kami semua pergi [ke bilik persalinan] dan kepala kami tertunduk. Lampard harus mengangkat kami.”

“Dia mengatakan kami tidak kelihatan seperti pasukan yang bersedia untuk bangkit dan menang. Dia mengatakan bahawa kami harus saling membantu pada babak kedua,” tegas Tammy Abraham. dari BBC.

“Syukurlah Mason Mount menjaringkan gol yang menambah keyakinan kami. Saya tahu kami akan mendapat peluang tetapi untuk bangkit daripada kedudukan 0-3 tidak pernah mudah. ”

Tammy Abraham kemudian menyatakan mereka berhak mendapat kredit di atas persembahan mereka yang berjaya mengelakkan kekalahan.

“​​Para pemain berhak mendapat kredit, mereka terus melangkah,” tambah Abraham.

Tammy Abraham kini sudah menjaringkan 80 gol untuk kelab dan negaranya, hanya pada usianya baru 22 tahun.

Dengan keputusan ini, Chelsea hanya mengumpul empat mata dari tiga perlawanan pertama musim ini. Chelsea berada di kedudukan keenam ketika berada di Liga Perdana, sementara West Ham berada di kedudukan ke-16.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Penalti Minit Ke-100 (Selepas Wisel Penamat) Fernandes Hadiahkan Kemenangan Pertama United

Arteta Akui Minat Thiago Alcantara

Messi Dengan Terbuka Kutuk Cara Barcelona ‘Kick’ Luis Suarez