Chelsea tidak berdepan masalah untuk meriah 3 mata dalam aksi berdepan Norwich City. Pasukan Juara Eropah itu membelasah Norwich City tanpa belas dengan keputusan 7-0.

Chelsea hanya memerlukan lapan minit untuk mendapat gol pembukaan menerusi Mason Mount hasil satu hantaran cantik dari Jorginho.

10 minit kemudian, giliran Callum Hudson-Odoi pula untuk tersenarai dalam senarai penjaring selepas menyempurnakan hantaran Mateo Kovacic.

Aksi dominan Chelsea sukar dilawan oleh Norwich. Dan pada minit ke-42, giliran Reece James pula menambah gol untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada separuh masa pertama.

Norwich cuba memberikan saingan pada separuh masa kedua dengan membuat pertukaran. Malangnya, mereka terus bolos lagi. Pada minit ke-57, kedudukan menjadi 4-0 hasil gol Ben Chilwell. Sekali lagi Kovacic menjadi arkitek g tersebut.

Lima minit kemudian Max Aaron menambah garam pada luka Norwich dengan gol sendiri.

Daripada teruk menjadi malapetaka buat Norwich apabila dikurangkan kepada 10 pemain pada minit ke-65. Ini selepas Ben Gibson menerima kad kuning kedua.

Nasib malang Norwich berterusan apabila Mathias Normann tertampan bola dengan tangannya dan VAR memberikan penalti.

Krul berjaya menyelamatkan penalti Mount. Tetapi VAR mengarahkan penalti semula kerana Krul terkeluar dari garisan. Dan peluang kedua disempurnakan oleh Mount menjadikan kedudukan 6-0.

Pada masa kecederaan, Mason Mount mencatatkan hatrik dan menjadikan kedudukan 7-0.

Kemenangan ini sedikit sebanyak menjamin kedudukan Chelsea di tangga teratas minggu ini. Kerana ianya memerlukan Liverpool mencatatkan kemenangan dengan perbezaan jaringan besar di Old Trafford kalau mereka mahu memintas The Blues.