Manchester United terus menangguhkan pesta kejuaraan Man City. Di mana mereka berjaya menang 3-1 ke atas Aston Villa dalam aksi di Villa Park.

Aston Villa di hadapan pada minit ke-24 menerusi Bertrand Traore selepas aksi positif yang ditunjukkan oleh anak anak buah Dean Smith.

Namun United bangkit dengan 3 gol pada separuh masa kedua. Bermula daripada gol Bruno Fernandes pada minit ke-52 menerusi penalti.

Greenwood menambah gol kedua pada minit ke-56 untuk meletakkan United di hadapan buat pertama kali dalam perlawanan ini.

Kebangkitan United akhirnya lengkap dengan gol pembunuh oleh Cavani pada minit ke-87.

Berikut adalah beberapa rekod yang dicipta oleh United hasil daripada kemenangan ini.

Pertamanya, Manchester United menang 10 perlawanan selepas mereka melepaskan bolos lebih awal. Menjadikan ia sebagai rekod terbanyak dalam semusim dalam sejarah EPL.

Keduanya, Edinson Cavani sudah menjaringkan 5 gol sebagai pemain gantian. Ianya menyamaai rekod terbanyak dalam semusim yang dipegang sendiri oleh bosnya, Ole Gunnar Solskjaer pada musim 1998/99 dan Javier Hernandes pada 2010/11.

Seterusnya, Bruno Fernandes kini sudah menjaringkan 27 gol untuk Man United dalam semua pertandingan. Ianya rekod terbanyak daripada pemain tengah, menyamaai rekod Frank Lampard pada 2009/10 bersama Chelsea. Namun Fernandes masih ada beberapa lagi perlawanan tersisa musim ini.

Manchester United terus mengukuhkan kedudukan mereka di tanggan kedua. Walaupun usaha untuk memintas City kelihatan sangat mustahil pada ketika ini. Sekurang kurangnya mereka terus menangguhkan pesta kejuaraan jiran sebelah rumah mereka.

Baca juga artikel

EPL: Kejuaraan City Tertangguh, Aguero Minta Maaf Kerana Panenka Yang Teruk

Bundesliga: Bayern Juara 9 Kali Berturut Turut

EPL: Spurs Kalah Di Tangan Leeds, Gol Kane Dibatalkan Kerana Hujung ‘Boot’