Perancang tengah Manchester United, Bruno Fernandes percaya bahawa pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer, Manchester United mempunyai apa yang diperlukan untuk menjulang Liga Perdana Inggeris musim ini.

Bruno Fernandes menambah bahawa dia datang ke kelab untuk menuntut memenangi piala tersebut bersama Red Devils.

Sejak tiba di Old Trafford, Bruno Fernandes telah menjadi inspirasi dan motivasi kepada pasukannya dan para penyokong.

Beliau menjadi enjin utama di tengah, sama ada sebagai pencetak gol dan juga pencipta gol.

Pemain antarabangsa Portugal itu telah terbukti menjadi pemain paling penting bagi United dalam beberapa perlawanan musim ini,

Walaupun dia tidak dapat membantu pasukannya mara ke kalah mati Liga Juara-Juara Eropah awal minggu ini, Fernandes tetap yakin prestasi mereka di EPL musim ini akan menjadi kegerunan kepada lawan mereka.

Fernandes memenangi satu lagi trofi Pemain Terbaik Bulanan EPL bagi November.

Tetapi pemain berusia 26 tahun itu menegaskan dia hanya akan berpuas hati selepas menggenggam trofi Liga Perdana Inggeris.

Bercakap tentang kejayaannya memenangi satu lagi trofi pemain terbaik bulanan, Fernandes berkata:

“Sukar untuk memenangi salah satu dari ini, jadi saya sangat bangga memiliki yang ketiga.”

“[Tetapi] saya hanya akan gembira ketika memenangi Liga Perdana Inggeris. Itu adalah tujuan utama saya datang ke England, ke kelab yang begitu besar, iaitu memenangi Liga Perdana Inggeris.”

“Dan saya rasa kami ada peluang untuk melakukannya.”

Fernandes menjaringkan gol setiap 86.25 minit bulan lalu, Fernandes mengalahkan pesaing lain dalam senarai pendek enam orang yang juga termasuk pemain antarabangsa England, Ben Chilwell, Jack Grealish dan James Ward-Prowse.

Fernandes memberikan sumbangan penting dengan gol di Goodison Park untuk membantu United menang 3-1 menentang Everton.

Sementara penaltinya menentang West Brom memperoleh kemenangan liga pertama di Old Trafford pada kempen 2020/21.

Baca juga perkembangan lain

Bernardo Silva: Kepulangan Semula Aguero Tonik Berharga Menjelang Derbi Manchester

Griezmann Tamatkan Kontrak Dengan Huawei Kerana Berkomplot Tindas Etnik Uighur

TERKINI: Qatar Benarkan Bendera Pelangi Dan LGBT Berkibar Di Stadium Piala Dunia 2022