Manchester United berkunjung ke Goodison Park untuk berdepan dengan Everton.

Tekanan dirasai skuad Man United selepas 2 kekalahan berturut turut dalam saingan EPL dan UCL sebelum ini.

Carlo Ancelotti mendapat semula khidmat James Rodriguez dalam perlawanan ini. Ole Gunnar Solskjaer merehatkan Paul Pogba.

Man United memulakan perlawanan dengan baik. Namun Calvert Lewin mencipta ancaman pertama menerusi tandukan.

Pada minit ke-15, Anthony Martial memiliki peluang keemasan. Namun sayangnya pemain itu merembat lemah dan tersasar.

Bernard meletakkan Everton di hadapan pada minit ke-19, menewaskan De Gea di far post. Gol yang terlalu mudah dilepaskan United dengan bola dihantar daripada belakang oleh Pickford – gagal dikeluarkan Lindelof.

Bernard merampas bola dan merembat leret.

Namun Everton hanya gembira 5 minit. Kerana selepas itu Bruno Fernandes menyamakan kedudukan pada minit ke-24, dengan menanduk masuk hantaran Luke Shaw.

Fernandes menjadi penjaring gol sekali lagi pada minit ke-32 selepas hantaran beliau terus tepat ke dalam gawang gol. Rashford awalnya cuba mengklaim gol itu namun pegawai perlawanan memberikannya kepada Bruno Fernandes.

Sebelum gol itu Lucas Digne melakukan rembatan yang terkena tiang.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-2 memihak pelawat.

Everton terus bergelut pada separuh masa kedua. Man United berpeluang mendapatkan penalti pada minit ke-54 selepas Pickford menyepak Maguire – sebaik sahaja dia melakukan kesilapan.

Malangnya pengadil tidak memberikan penalti.

Tidak lama selepas itu giliran Maguire pula melakukan kekasaran dalam kotak penalti ke atas Digne. Namun bendera ofsaid terlebih dahulu diangkat.

Selepas itu perlawanan agak seimbang. Sehinggalah masa kecederaan, Man United membunuh Everton dengan gol dari serangan balas yang disempurnakan Edinson Cavani.

Sekali lagi Bruno Fernandes terlibat secara langsung dengan gol itu.

Man United membawa pulang 3 mata berharga dari Goodison Park.

Baca juga perkembangan lain

Lazio Berdepan Penyingkiran Serta Merta Kerana Menipu Ujian Covid-19

Guardiola Sahkan Aguero Tak Akan Beraksi Berdepan Liverpool

Solskjaer Yakin Dia Orang Paling Tepat Kendalikan Kelab Terbesar Di Dunia