Liverpool menjamu kunjungan Brighton selepas kemenangan 5-0 di Old Trafford.

Skuad Jurgen Klopp turun untuk terus mengekori rapat Chelsea pada carta liga.

Segalanya bermula dengan sangat baik untuk Liverpool. Di mana Jordan Henderson meletakkan Liverpool di hadapan hasil umpanan Mohamed Salah pada minit ke-4.

Seterusnya, pada minit ke-24 Sadio Mane menambah satu lagi gol selepas menerima hantaran cantik daripada Alex Oxlade Chamberlain. Mane menanduk deras bola dari jarak dekat.

Sadio Mane hampir menambah gol untuk Liverpool selepas menghadang sepakan penjaga gol dan terus masuk. Namun VAR mengesahkan bahawa Mane handball.

Liverpool kemudian melepaskan 1 gol untuk lawan sebelum rehat. Di mana Enoch Mwepu melakukan rembatan jarak jauh yang sangat memukau menewaskan Alisson.

Pada separuh masa kedua, prestasi Liverpool merosot. Di mana mereka membenarkan lawan menguasai bola.

Brighton tampil dengan permainan yang lebih berani. Aksi Trossard menjadi masalah utama Liverpool.

Pada minit ke-65, bekas pemain Liverpool, Adam Lallana menjadi duri dalam daging kepada bekas pasukannya. Lallana mencipta peluang gol cantik yang disudahkan oleh Trossard.

Trossard kemudian hampir menambah gol. Namun dibatalkan kerana ofsaid.

Skuad Jurgen Klopp semakin panik untuk cuba mencari gol kemenangan.

Alisson sekali lagi menjadi penyelamat Liverpool untuk mengelakkan pasukan itu tewas.

Tamat perlawanan Liverpool 2 Brighton 2