Chelsea melepaskan 3 mata berharga di Stamford Bridge apabila mereka diikat oleh pasukan yang sedang dalam krisis prestasi, Everton.

Chelsea terlepas peluang untuk merapatkan jurang kepada dua mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Manchester City yang sudah mencipta kemenangan dalam aksi terdahulu.

Pemain tengah England, Mason Mount memberikan tuan rumah pendahuluan  pada minit ke-70. Mount dengan penyudah tenang menewaskan penjaga gol Everton Jordan Pickford susulan hantaran oleh Reece James.

Tetapi Everton menyamakan kedudukan hanya empat minit kemudian apabila pemain pertahanan berusia 19 tahun Jarrad Branthwaite, dalam penampilan liga pertamanya musim ini, menyempurnakan peluang hasil umpatan sepakan percuma Anthony Gordon.

Thiago Silva mempunyai peluang keemasan untuk memenangi perlawanan untuk tuan rumah tetapi melihat tandukan kuatnya diselamatkan oleh Pickford.

Ia adalah persembahan yang mengagumkan daripada penjaga gol antarabangsa England itu kerana dia juga menafikan percubaan bahaya daripada Christian Pulisic, James, Jorginho dan tiga rembatan dari Mount.

Dengan keciciran dua mata untuk Chelsea, mereka kini 4 mata di belakang Manchester City. Walaupun beraksi dengan penguasaan bola 80% dan melakukan 23 percubaan ke atas Everton, ianya masih belum cukup kerana serangan Chelsea agak tumpul terutama sekali posisi no.9.

Keputusan itu meletakkan Chelsea kekal di tempat ketiga, selepas Liverpool turut mencipta kemenangan 3-1 ke atas Newcastle.

Manakala Everton kekal di tangga ke-14 dan membawa pulang 1 mata berharga.