Manchester United dipaksa berhempas pulas untuk bangkit menewaskan Sheffield United di tempat lawan.

Dean Henderson kembali semula ke Bramall Lane dan beliau melakukan kesilapan yang tidak diduga.

Aksi terlalu kasual Henderson dihukum oleh pemain lawan pada minit ke-5 – membuatkan Manchester United ketinggalan.

Namun United berjaya bangkit dengan 3 gol selepas itu. Dua daripada Marcus Rashford dan 1 daripada Anthony Martial.

Sheffield United memberikan United detik cemas pada minit akhir perlawanan dengan gol kedua mereka.

Namun United berjaya memastikan satu lagi koleksi 3 mata dari tempat lawan pada musim ini.

Menjadikan mereka kini menjadi pasukan pertama menang 6 perlawanan tempat lawan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.

Ole Gunnar Solksjaer diminta untuk memberikan komen beliau tentang kesilapan ngeri Dean Henderson pada awal perlawanan.

Ole berkata: “Baik atau buruk mungkin dalam urutan kronologi yang berbeza tetapi ini adalah ujian dan kurva pembelajaran seseorang pemain, Dean selalu belajar,” kata jurulatih itu.

“Dia kembali ke sini [Bramall Lane] dan dia mungkin sudah lama menantikannya. Walaupun baru memulakannya, dia menunjukkan wataknya sepanjang permainan.”

“Ketika kamu menjadi penjaga gol muda, kamu akan melakukan kesilapan. Dia harus belajar menebusnya dan dia melakukannya. Dia tetap tenang, bermain dengan baik selepas itu,” tambah Solskjaer lagi.

Walaupun sedar rekod di tempat lawan mereka sangat cemerlang, Ole Gunnar Solskjaer tidak terlalu bangga dengannya. Kerana menurut beliau, United harus lebih ampuh di tempat sendiri, sama seperti aksi di tempat lawan.

“Kami perlu menonjolkan prestasi sebenar kami dalam permainan di halaman sendiri.”

“Jelas tanpa penonton seolah olah tidak seperti di tempat sendiri dan terasa jauh [dari Old Trafford]. Sepertinya kita akan berada dalam situasi ini sedikit lebih lama, tetapi kita harus membiasakan diri dengan Old Trafford lebih dari sekadar padang ini (permainan di tempat lawan).”

“Jadi semoga kita dapat melakukannya. Mulakan [menang di Old Trafford],” tambah Solksjaer lagi.

Baca juga perkembangan lain

FIFA Best 2020: Lewandowski Singkir Messi Dan Ronaldo

TERKINI: FA Dapati Cavani Bersalah Atas Status IG Berbaur Rasis

Mourinho: Pasukan Terbaik Kalah, Liverpool Tak Seperti Juara England, Eropah Atau Juara Dunia