Chelsea akhirnya mencipta kemenangan pertama mereka era Thomas Tuchel. Di mana The Blues menang 2-0 ke atas Burnley dalam aksi di Stamford Bridge.

Chelsea tampil dengan aksi yang sangat dominan dan berkualiti. Namun sayangnya mereka terpaksa menunggu lewat separuh masa pertama untuk menjaringkan gol pertama.

Ianya bermula daripada satu hantaran licik Hudson Odoi kepada Cesar Azpilicueta yang merembat deras.

Gol yang memberikan Tuchel kelegaan untuk masuk ke bilik rehat.

Pada separuh masa kedua Chelsea menguatkan lagi dominasi mereka dalam perlawanan ini.

Chelsea meminta penalti pada minit ke-50 namun VAR menafikannya kerana mendapati kedudukan tangan Ben Mee dalam posisi tertutup.

Pada minit ke-58 Odoi hampir menambah gol namun rembatannya sedikit tersasar.

11 minit kemudian Hudson Odoi sekali lagi menjadi ancaman kepada Burnley. Beliau memaksa Ben Mee melayangkan dirinya untuk menghadang percubaannya yang kemudian diselamatkan Nick Pope.

Pemain gantian Christian Pulisic mencuba untuk melencongkan bola pada minit ke-71. Namun papan skor masih tak berubah.

Chelsea akhirnya mendapat gol kemenangan lewat, juga menerusi bek sayap. Kali ini pemain yang tersisih di bawah Frank Lampard, Marcos Alonso menjaringkan gol cantik selepas menerima hantaran Pulisic.

Alonso mengawal bola sebelum melepaskan voli deras.

Percubaan pertama Burnley dalam perlawanan ini hadir hanya pada masa kecederaan 90+3 menerusi Trachowski. Menceritakan betapa deritanya Burnley sepanjang perlawanan ini.

Chelsea berjaya mendapat 3 mata berharga dari gelanggang sendiri.

Baca juga perkembangan lain

La Liga: Real Madrid Dimalukan Levante, Eder Militao Kad Merah Seawal Minit Ke-9

EPL: Terikat Dengan Arsenal Di Emirates, United Gagal Ikat City Di Puncak Liga

EPL: Sadio Mane Cemerlang Bantu Liverpool Tewaskan Spurs