Perlawanan di antara Manchester United vs Chelsea berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Namun kapten Chelsea, Cesar Azpilicueta, mengakui bahawa dalam perlawanan itu pasukannya tidak menggunakan peluang yang mereka miliki dengan sebaiknya.

Dan beliau menganggap Chelsea layak mendapat penalti dari pengadil.

Terdapat satu insiden di mana Azpilicueta dikunci kepalanya oleh kapten Man United, Harry Maguire.

Menurut Azpi, pengadil harus melihat ulang melalui Video Assistant Referee (VAR) untuk mengetahui apa sebenarnya telah berlaku ketika itu.

“Di padang, saya merasakan ya [semestinya itu adalah penalti] – dan saya merasakan lengan di leher dan bahu saya.”

“Pengadil dapat membuat keputusan, VAR ada [untuk membantu], “jelas Azpilicueta yang menganggap penalti itu boleh mengubah nasib mereka dalam perlawanan ini.

“Dalam situasi apa pun, pengadil yang paling berkuasa mengambil keputusan dan pegawai pembantu ada untuk membantunya.”

“Itu situasi 50-50, jadi mengapa tidak (diperiksa)? Hanya memerlukan 20 saat untuk diperiksa,” tambah beliau lagi.

“Ia berlaku, itulah bola sepak, saya tidak mengatakan setiap kali ada kontak, bermakna harus ada penalti.”

“Di England terdapat kontak fizikal yang kuat. Dalam bola sepak dan di Liga Perdana Inggeris, kita mesti sentiasa mencari peningkatan. Ini bukan kritikan, kita semua dapat bersama-sama menjayakan liga ini dengan lebih baik, “kata Azpilicueta.

Legenda Manchester United, Patrice Evra membidas pengadil yang tidak menyemak insiden itu dan memberikan penalti kepada Chelsea.

Evra malah berseloroh menyatakan: “Dia [Maguire] mengingatkan saya kepada Hulk Hogan.”

Baca juga perkembangan lain

EPL: Kontroversi VAR Hiasi Kebangkitan Liverpool

El Clasico: Kebanggaan Dan Kebencian Di Sebaliknya

El Clasico: Real Madrid Aibkan Barca Di Nou Camp