Ketika barisan serangan Manchester City buntu, mereka masih mampu mencatatkan kemenangan ke-20 berturut turut musim ini dengan gol menerusi duo bek tengah mereka – Ruben Dias dan John Stones.

Ruben Dias dan Stones terus membuktikan bahawa mereka sedang menikmati musim terbaik bersama sama pada musim ini.

Gandingan ini baru dicipta musim ini oleh Pep Guardiola. Itupun kerana Aymeric Laporte cedera. Kepulangan semula Laporte pun dilihat sukar untuk terus menjadi pemain kesebelasan utama automatik dalam pasukan.

Dias membuka tirai jaringan pada separuh masa pertama. Itu adalah jaringan pertama beliau untuk kelab baharunya.

Namun gol itu disamakan oleh Michail Antonio sebelum rehat setelah menerima hantaran Jesse Lingard.

Ianya adalah bolos pertama Manchester City di Etihad sejak Disember lalu.

Walaubagaimanapun, West Ham gagal mempertahankan 1 mata itu selepas mereka ditembusi oleh John Stones, ketika perlawanan berbaki 22 minit.

Hasilnya, Man City menang 2-1 dan kini 13 mata di hadapan Man United yang akan turun beraksi pada hari ini.

Walaupun Man City sangat dominan dalam perlawanan ini, namun mereka gagal mencipta peluang gol dengan lebih banyak.

Malah jumlah percubaan mereka hanya 10 dan West Ham 9. Kedua dua pasukan mencatatkan jumlah on target yang sama dalam perlawanan ini iaitu 3.

Baca juga perkembangan lain

Kenyataan Mbappe Ini Berpotensi Ancam Kedudukan Hazard

16 Terakhir UEL: ‘Derbi’ Zlatan Dan ‘Jodoh’ Arsenal-Olympiakos Yang Sangat Kuat

Guardiola Dedah Rahsia Kejayaan City Kerana Wang Yang Banyak Untuk Beli Pemain