Mikel Arteta terkejut dengan prestasi hambar Arsenal dan meminta maaf secara peribadi kepada seluruh peminat Arsenal.

Arsenal tewas 0-3 di tangan Liverpool dalam aksi sepanjang malam mereka menjadi pasukan kedua terbaik di semua aspek.

Liverpool membuka jaringan pada separuh masa kedua menerusi pemain gantian Diogo Jota. Dan kemudian Mohamed Salah memastikan beliau kini hanya 2 gol di belakang Ruud Van Nistelrooy, dan memintas Henry dalam carta gol terbanyak dalam sejarah EPL.

Jota menambah gol ketiga Liverpool untuk meneruskan prestasi cemerlangnya dari pasukan kebangsaan sebelum ini.

Arteta kecewa dan marah, kerana pemain pemain beliau malah gagal untuk melakukan 3 hantaran sekalipun.

Lalu Arteta menuntut para pemainnya untuk menunjukkan prestasi sebenar mereka ketika berhadapan dengan Slavia Prague dalam aksi Liga Europa pada Khamis akan datang.

Arteta menggabungkan 3 pemain termahal dalam sejarah Arsenal, buat pertama kali pada musim ini iaitu Lacazette, Aubameyang dan Nicolas Pepe yang membuatkan Arsenal memabayar £174.5 juta untuk mereka.

Tanpa Smith Rowe dan Bukayo Saka yang menjadi sumber kreativiti mereka sebelum ini, Arsenal ternyata kurang bermaya.

“Kami harus meminta maaf kepada orang kami dan juga para peminat. Saya harus meminta maaf di atas apa yang telah berlaku di atas padang. Saya bertanggungjawab sepenuhnya.”

“Liverpool lebih baik daripada kita dalam semua bahagian. Mereka memenangi setiap duel, setiap bola kedua dan setiap perebutan. Ini adalah salah satu aksi terburuk [sejak Arteta mengambil alih].”

“Saya tak perlu guna sebarang alasan. Kami kehilangan 5 atau 6 pemain, namun itu tiada kaitan, dan saya tak kisah tentang pemain pemain yang tak dapat beraksi. Saya bencikan alasan, kerana ternyata mereka lebih bagus daripada kita di semua bahagian.”

“Standard harus lebih tinggi untuk kelab ini, dan tugas saya adalah untuk memastikan mereka beraksi di tahap tersebut.”

Baca juga artikel lain

EPL: Chelsea Dibelasah West Brom 2-5 Di Stamford Bridge

Selepas Madrid Dan Barca, Raiola Dan Ayah Haaland Jumpa 4 Kelab EPL

Mourinho Menjelaskan Taktikal Inter Menghapuskan Impak Messi Ketika Berdepan Barcelona Pada 2010