Tottenham Hotspuer berjaya menjinakkan seteru sebandar, Arsenal, dalam aksi derbi London Utara pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Spurs dengan cemerlang mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas pasukan yang terus bergelut dengan prestasi awal musim di liga.

Kedua dua pasukan bermula dengan intensiti yang tinggi. Namun ternyata Spurs lebih tajam berbanding dengan Arsenal.

Spurs mendahului pada minit ke-13 menerusi satu serangan balas. Harry Kane berjaya menghantar bola kepada Son Heung Min, dan pemain antarabangsa Korea Selatan itu melakukan rembatan lencong dari luar kotak yang sangat cantik.

Ianya adalah satu lagi contoh klasik, gaya serangan balas Jose Mourinho.

Arsenal kemudian menguasai bola dengan lebih banyak. Namun mereka berdepan dengan masalah untuk melakukan percubaan tepat dan juga bergelut untuk bermain di kotak penalti lawan.

Dan ketika perlawanan hampir menuju ke wisel penamat separuh masa pertama, Arsenal sekali lagi dihukum menerusi serangan balas.

Kali ini Son Heung Min melakukan back heel pass kepada Harry Kane yang terus merembat masuk menewaskan Bernd Leno.

Ternyata Kane dan Son Heung Min membentuk duo serangan paling tajam ketika ini. Menjaringkan 31 gol di antara mereka.

Pada separuh masa kedua, Mikel Arteta terus mengarahkan para pemainnya menyerang.

Namun mereka terus buntu. Hugo Lloris terus kental di gawang Spurs menafikan dua percubaan bahaya.

Arsenal menguasai perlawanan sehingga 70% perlawanan secara keseluruhan namun hanya melakukan 2 percubaan tepat sahaja.

Spurs kemudian lebih selesa untuk bertahan dan mengekalkan disiplin mereka. Arsenal pula tetap tak berjaya menembusi Spurs sehingga wisel penamat.

Kemenangan ini membolehkan Spurs kembali ke puncak liga, memintas pasukan Chelsea.

Spurs berkongsi mata dengan Liverpool, yang menang dalam aksi selepas itu. Namun Spurs memiliki statistik perbezaan jaringan yang lebih baik.

Arsenal menelan kekalahan ke-6 mereka musim ini dan berada di tangga ke-15.

Baca juga perkembangan lain

La Liga: Ter Stegen Blunder Sekali Lagi, Barca Alami Kekalahan Keempat

EPL: Giroud Terus Ledak Gol, Chelsea Kini Di Puncak

EPL: Pemain Gantian Cetus Kebangkitan United, Pogba Jaringkan ‘Screamer’