Arsenal kembali ke puncak liga selepas satu lagi persembahan cemerlang mereka. Kali ini Brentford menjadi mangsa Arsenal di Stadium Komuniti Gtech.

EPL bersambung semula selepas perkabungan pada minggu lalu.

Ethan Nwaneri dari Arsenal menjadi pemain termuda yang pernah melakukan debut dalam Liga Perdana Inggeris ketika berusia 15 tahun dan 181 hari ketika The Gunners menewaskan Brentford untuk kembali ke tangga teratas.

Mikel Arteta menghantar pemain yang masih bersekolah menengah itu pada saat-saat akhir ketika pasukannya mendahului 3-0.

Peminat pasukan pelawat bersorak menyambut penampilan Nwaneri dengan menyanyi: “Dia akan pergi ke sekolah pada waktu pagi.”

William Saliba membolehkan Arsenal di hadapan pada minit ke-17, selepas pemain pertahanan Perancis itu melompat tinggi untuk menanduk bola sepakan sudut Bukayo Saka.

Saliba terus menawan hati Arteta dalam pemilihan pasukannya dengan rekod pertahanan yang baik serta sumbangannya kepada gol.

Arsenal masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 2 gol di hadapan apabila penyerang Brazil, Jesus, yang ditandatangani £45m dari Manchester City pada Julai, menanduk hantaran tepat Granit Xhaka.

Jesus meraikan gol tersebut dengan menari nari tanda sokongan kepada rakan senegaranya, Vinicius Jr yang diserang secara rasis kerana meraikan gol dengan tariannya.

Pemain tengah Portugal, Fabio Vieira menyempurnakan persembahan dominan Arsenal dengan menandakan permulaan Liga Perdana pertamanya sejak menyertai Porto dengan jaringan dari jarak lebih 20 meter.

Dengan kemenangan ini, Arsenal kembali ke puncak liga selepas kemenangan keenam daripada tujuh perlawanan setakat ini.

Arsenal juga semakin mencerahkan peluang mereka untuk kembali ke UCL musim hadapan selepas kali terakhir beraksi dalam pentas tertinggi eropah itu pada 2017.