Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Arsenal terus bergelut dengan permulaan musim ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Terbaru, skuad bimbingan Mikel Arteta tewas 1-2 di tangan Wolves. Sekali gus terus berada di luar 10 teratas dalam carta liga.

Dalam aksi yang berlangsung di Emirates, perlawanan terpaksa dihentikan seketika untuk kira kira 10 minit, selepas Raul Jimenez bertembung dengan David Luiz.

Jimenez terpaksa diusung keluar dari padang untuk menerima rawatan, ada gegaran di bahagian kepalanya.

raul

Selepas aksi bersambung, kedua dua pasukan saling berbalas serangan. Namun gawang Arsenal terlebih dahulu bocor apabila Pedro Neto menjaringkan gol pembukaan minit ke-27.

Namun kegembiraan Wolves itu tak bertahan lama kerana Gabriel Magalhaes menyamakan kedudukan pada minit ke-30.

Sebelum rehat Wolves mendapat gol sekali lagi. Kali ini giliran Podence pula membolosi gawang Arsenal. Juga daripada situasi kelam kabut dalam kotak penalti.

3033

Pada separuh masa kedua, Arsenal menaikkan intensiti permainan mereka. Wolves  memilih untuk mengutamakan aspek bertahan.

David Luiz dikeluarkan pada wisel permulaan separuh masa kedua. Arteta dikecam hebat di media sosial kerana terus membenarkan David Luiz beraksi walaupun mengalami kecederaan kepalan.

Arsenal mendesak Wolves bertahan ke garisan yang sangat ke bawah.

Pada minit ke-50, Bukayo Saka terlepas peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan.

10 minit kemudian, Podence mendapat peluang sekali lagi. Namun Bellerin cemerlang menghadang percubaan tersebut.

3348Pada minit ke-74, Aubameyang memiliki peluang untuk menjaringkan gol selepas penjaga gol Wolves, Rui Patricio terlepas bola. Namun sayang sekali kapten Arsenal itu terus tumpul.

Arteta memasukkan Lacazette menjelang 10 minit terakhir perlawanan. Malangnya Arsenal terus gagal untuk menjaringkan gol penyamaan.

Pengadil meniup wisel panjang selepas 5 minit masa kecederaan diberikan, dan kemenangan berpihak kepada Wolves.

Wolves naik ke tangga keenam dalam carta EPL. Manakala Arsenal menelan kekalahan kelima mereka musim ini untuk berada di tangga ke-14.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Chelsea Tak Ada Jawapan Untuk Pecahkan Taktik Bertahan Mourinho

EPL: Aksi Kelas Dunia Cavani Bantu United Bangkit Dari Bangku Simpanan

La Liga: Alaves Malukan Real Madrid, Hazard Cedera Lagi

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group