Arsenal menjamu kunjungan Aston Villa dalam aksi lewat Liga Perdana Inggeris.

The Gunners masih segar dengan kejayaan menewaskan Manchester United dan kemenangan dalam kempen Europa League.

Namun bertempat di Emirates, Arsenal dikejutkan dengan gol awal McGinn. Tetapi VAR membatalkan gol itu kerana ada ‘gangguan’ ke atas visi penjaga gol daripada seorang pemain yang ofsaid iaitu Ross Barkley.

Arsenal tampil dengan pasukan yang lebih diminan dalam perlawanan ini.  Namun Aston Villa memberikan tentangan hebat.

Aston Villa akhirnya di selepas pemain muda Arsenal, Bukayo Saka tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-25.

Willian memiliki peluang keemasan. Begitu juga dengan Alexandre Lacazette yang gagal memanfaatkan hantaran lintang Kieran Tierney pada minit ke-41.

Aston Villa masuk ke separuh masa kedua dengan intensiti yang sama seperti separuh masa pertama.

Bernd Leno terpaksa bekerja keras untuk menafikan percubaan Trezeguet dan Grealish.

Pasukan bimbingan Dean Smith menambah satu lagi gol menerusi Ollie Watkins pada minit ke-72.

Keadaan menjadi lebih buruk bagi pasukan Mikel Arteta apabila bekas penjaga gol Arsenal, Emiliano Martinez, memulakan ancaman dengan hantaran kepada Grealish yang terus mengiring bola ke kawasan gol Arsenal.

Grealish kemudian menghantar kepada Watkins yang mudah menewaskan Bernd Leno.

Tamat perlawanan Aston Villa menang 3-0 dan membawa 3 mata berharga dari Emirates.

Pierre Emerick Aubameyang tidak melakukan sebarang percubaan ke arah gol langsung dalam perlawanan ini.

Ini adalah pertama kali pertama kali Aubameyang mencatatkan statistik buruk itu di dalam kariernya.

Itu adalah kekalahan keempat Arsenal musim ini. Isu tidak konsisten terus membelenggu skuad Arteta.

Baca juga perkembangan lain

EPL: City Dan Liverpool Kongsi Mata, De Bruyne Persiakan Peluang

Ole: Manchester United Diatur Untuk Gagal

Bundesliga: Bayern Bangkit Atasi Dortmund