Permulaan yang sangat sukar buat Arsenal musim ini. Apabila The Gunners menelan satu lagi kekalahan dalam aksi EPL.

Ianya menjadikan Arsenal kalah 3 daripada 3 perlawanan EPL musim ini.

Arsenal turun ke Etihad dalam usaha mereka memperbaiki kedudukan pada carta liga. Tekanan di bahu Arsenal, namun mereka sekurang kurangnya mahu membawa 1 mata dari Etihad.

Malang sekali, Arsenal bolos seawal minit ke-7 menerusi gol oleh Ilkay Gundogan.

Pada minit ke-12, City menambah satu lagi gol menerusi penyerang Ferran Torres yang mendapat ruang yang besar untuk menewaskan Bernd Leno.

Ederson yang tidak begitu banyak aksi pada awal perlawanan hampir melepaskan gol komedi, apabila hantarannya dipintas Emile Smith Rowe. Nasib baik bola tidak masuk.

Granit Xhaka kemudian dilayangkan kad merah kerana bentesan terbangnya ke atas Joao Cancelo. Xhaka kini menjadi pemain paling banyak menerima kad merah sejak 2016, bersama sama dengan Fernandinho dan David Luiz.

Manchester City masuk ke bilik persalinan dengan 3-0. Ini selepas Gabriel Jesus menambah satu lagi gol sebelum rehat. Hasil umpanan cantik oleh Jack Grealish.

Grealish terus menjadi pemain Inggeris paling kreatif sejak dua musim terakhir di EPL.

Bersambung babak kedua, Man City terus menambah gol menerusi Rodri pada minit ke-53 hasil umpanan Ferran Torres. Di mana Rodri melakukan lencongan rendah yang sangat cantik.

Tidak terhenti di situ, Ferran Torres menambah satu lagi gol pada minit ke-84, untuk menjadikan kedudukan 5-0.

Arsenal pastinya sedikit lega kerana Leno melakukan beberapa saves sebelum itu untuk mengelakkan Arsenal dibolosi dengan lebih banyak.

Tamat perlawanan, Manchester City 5 Arsenal 0.

Baca juga artikel

Thiago Silva: PSG ‘Sign’ Ramos Membuatkan Saya Sangat Kecewa Dan Sedih

Ronaldo Terima £480K Seminggu, Tertinggi Di EPL

TERKINI: Man City Tarik Diri, Man United Sediakan Kontrak Untuk Ronaldo