Manchester United berkunjung ke St Mary untuk perlawanan EPL berdepan dengan Southampton.

Man United bermula dengan baik dalam perlawanan ini. Namun mereka gagal untuk melakukan ancaman lebih tajam.

Pada minit ke-23, Jan Bednarek meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi satu sepakan penjuru. Kawalan pertahanan yang longgar oleh United membolehkan pemain berbadan sasa itu melakukan tandukan tepat ke gawang gol.

Man United mendapat peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan. Ianya selepas Alex McCarthy tertolak bola kepada Mason Greenwood.

Greenwood melakukan rembatan yang ditepis oleh McCarthy. Bruno Fernandes datang untuk melakukan susulan, juga gagal kerana McCarthy melakukan satu lagi save.

https://streamable.com/r2e6n6

Aksi double saves luar biasa itu memberikan semangat kepada Southampton.

Dan mereka melancarkan beberapa siri serangan lagi. Man United memberikan sepakan percuma di luar kotak penalti kepada Southampton.

Peluang itu tidak dilepaskan oleh pakar bola mati, James Ward Prowse yang menewaskan De Gea.

Prowse kini sudah menjaringkan 5 gol menerusi sepakan percuma sejak musim lalu, rekod terbanyak setakat ini. Jauh meninggalkan pemain pemain lain.

Bersambung babak kedua, Ole Gunnar Solskjaer memasukkan Edinson Cavani. Dan pemain kebangsaan Uruguay itu jelas sekali memberikan perbezaan ketara.

Cavani melakukan beberapa ancaman terus. Pada minit ke-59, Cavani melorongkan bola yang disambar oleh Bruno Fernandes untuk merapatkan jurang gol.

Cavani hampir menyamakan kedudukan selepas itu, namun tandukannya hanya sedikit sahaja tersasar.

Southampton yang semakin buntu kemudian bocor sekali lagi pada minit ke-74. Kali ini, barisan pertahanan yang tidak terurus membolehkan Cavani berada di kedudukan tidak ofsaid dan menanduk kilas bola untuk gol penyamaan.

Pada 10 minit terakhir, Man United menguatkan lagi asakan ke arah gawang lawan.

Pada masa kecederaan Edinson Cavani melengkapkan aksi cemerlangnya dengan gol kemenangan Man United selepas menerima hantaran Marcus Rashford. Cavani melakukan flick header yang sempurna untuk memastikan United menang 3-2.

Baca juga perkembangan lain

Mourinho Anggap Lampard Gentar Dengan Prestasi Semasa Spurs

La Liga: Alaves Malukan Real Madrid, Hazard Cedera Lagi

Pique Mahu Messi ‘Se Queda’ (Kekal) Dengan Barca