England terlepas peluang untuk menempah tempat ke pusingan 16 akhir Piala Dunia apabila skuad kendalian Gareth Southgate mempamerkan aksi yang lemah ketika terikat seri 0-0 menentang Amerika Syarikat pada hari Jumaat.

Anak buah Southgate pastinya dijamin untuk mara daripada Kumpulan B dengan kemenangan dalam perlawanan kedua Piala Dunia. Tetapi dalam aksi tersebut, England tidak memanfatkan peluang.

Dan boleh dikatakan sangat lemah dalam mencipta peluang gol serta tidak memberikan ancaman kepada USA dengan lebih banyak.

https://twitter.com/TeleFootball/status/1596271864292179969

Setelah membelasah Iran 6-2 pada hari Isnin, England tidak menunjukkan sikap mendesak yang mereka tunjukkan dalam perlawanan pembukaan mereka. Mereka malah menerima kritikan daripada ramai peminat mereka sendiri.

Mereka berjaya melakukan hanya satu percubaan tepat dan hampir sahaja bolos dengan mudah pada separuh masa pertama apabila Amerika Syarikat mengawal perlawanan untuk tempoh yang lama di Stadium Al Bayt.

Buat kali ketiga dalam tiga pertemuan Piala Dunia dengan AS, England gagal memenuhi status mereka sebagai pasukan pilihan. Di mana perlawanan sekali lagi berakhir seri antara kedua dua pasukan.

England dianggap pasukan yang menggerunkan selepas membelasah Iran. Namun kali ini hilang taringnya.

Walaupun ia adalah persembahan yang sangat mengecewakan dari England, mereka masih mengawal haluan kempen mereka sendiri.

Keputusan seri dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Wales pada 29 November  sudah cukup memastikan England mara ke peringkat kalah mati, manakala kemenangan akan mengesahkan tempat pertama milik mereka.

AS, yang seri dua perlawanan pertama mereka, sedar bahawa hanya kemenangan akan membolehkan mereka ke pusingan 16 terakhir.

Pasukan bimbingan Gregg Berhalter adalah pasukan kedua termuda di Piala Dunia kali ini. Mereka tampil dengan permainan bertenaga menentang Wales. Namun kali ini kebuntuan.