Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Skuad England meneruskan misi mereka untuk membawa pulang trofi Piala Dunia apabila berjaya membenam cabaran Sweden 2-0 semalam.

Gol yang dijaringkan oleh Harry Mcguire pada minit ke 30 dan Delle Alli pada minit ke 59, membawa England ke pusingan separuh akhir edisi 2018 di Russia ini.

Menurut kemaskini yang dibuat oleh Opta dan juga Sqauwka Football melalui laman media sosial rasmi mereka, Vocket FC telah mengambil 7 perkara yang menarik untuk menjadi topik dikalangan penyokong England terutamanya.

Pemain Ke 4 England Menjaringkan Gol Debut Diperingkat Kalah Mati

Penjaring gol pembukaan England ketika bertemu Sweden, Harry Mcguire muncul sebagai pemain ke 4 dalam sejarah bola sepak England menjaringkan gol pertama bersama skuad The Three Lions dalam peringkat kalah mati Piala Dunia.

3 pemain yang sebelum ini pernah melakukannya adalah Alan Mullery, David Platt dan Rio Ferdinand.

 

Samai Rekod Jumlah Penjaring Gol Dalam Edisi 1954, 1998 dan 2002

Delle Alli yang menjaringkan gol ke 2 England ketika bertemu Sweden merupakan pemain ke 5 England yang menjaringkan gol di Piala Dunia 2018 ini.

Rekod ini juga telah menyamai jumlah penjaring gol dalam 3 edisi lalu pada tahun 1954, 1998 dan kali terakhir di Piala Dunia edisi 2002.

 

Pemain England Ke 2 Paling Muda Menjaringkan Gol Di Pentas Piala Dunia

Pada usia 22 tahun 87 hari, Dele Alli muncul sebagai pemain England ke 2 paling muda menjaringkan dipentas Piala Dunia.

Untuk England, pemain paling muda yang pernah menjaringkan gol di Piala Dunia masih kekal milik Micheal Owen, yang dilakukan pada perlawanan bertemu Romania pada edisi Piala Dunia 1998 ketika berumur 18 tahun 190 hari.

 

Kali Ke 3 England Layak Ke Separuh Akhir Piala Dunia

Kemaraan England ke peringkat separuh akhir edisi 2018 ini, merupakan kali ke 3 mereka pernah mengecapi aksi dikalangan 4 pasukan terbaik di pentas Piala Dunia sebenarnya.

Kali pertama England layak ke peringkat separuh akhir adalah pasa edisi 1966 dan kali terakhir sebelum edisi 2018 adalah pada tahun 1990.

 

Jordan Pickford Antara Penjaga Gol Termuda ‘Clean Sheet’ Sejak Piala Dunia 2002

Penjaga gol Everton, Jordan Pickford muncul sebagai antara penjaga gol paling muda tidak bolos atau ‘clean-sheet’ dalam sesebuah perlawanan diperingkat kalah mati sejak edisi Piala Dunia 2002.

3 penjaga gol lain yang pernah ‘clean-sheet’ paling muda sejak Piala Dunia 2002 adalah:

  • Iker Casillas (2002)
  • Manuel Neuer (2010)
  • Thibout Courtois (2014)
  • Jordan Pickford (2018)

 

Menang Suku Akhir Tanpa Bolos: Kali Pertama Sejak 1966

Sejak Piala Dunia edisi 1966, skuad England pada edisi 2018 ini juga berjaya untuk menang perlawanan peringkat suku akhir tanpa bolos sebarang gol.

It’s Coming Home?

 

2 Pemain Tottenham Hotspur Menjaringkan Gol Dalam 1 Edisi Piala Dunia

Dalam kempen Piala Dunia 1970, Martin Peters dan Alan Mullery, 2 pemain kelab Tottenham Hotspur menjaringkan gol dalam satu kempen Piala Dunia yang sama.

Rekod itu berjaya diulangi dalam Piala Dunia edisi 2018 ini apabila Delle Ali dan Harry Kane menyumbangkan gol untuk skuad The Three Lions.

 

Nota: “It’s coming home!” atau pun tidak?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group