Kylian Mbappe tolak sesi bergambar bersama pasukan Perancis kerana pertikaian tentang hak imej dan penaja.

Isu Mbappe tidak berpuas hati dengan pemain yang tiada kuasa dalam isu hak imej mereka dalam pasukan Perancis telah dibangkitkan sejak tahu lalu lagi.

Namun kini bintang PSG itu mengambil pendirian lebih drastik dalam perkara itu.

Mbappe memang dikenali dengan beberapa siri kontroversi pada musim ini. Tetapi kontroversi kali ini dianggap peminat sebagai, contoh bagaimana Mbappe menggunakan pengaruhnya di tempat yang betul.

Mbappe tolak sesi bergambar kerana pendiriannya

Mbappe tidak mahu bergambar dengan pasukan Perancis kerana ianya turut bertujuan mempromosi penaja mereka. Mbappe sebelum ini sudah menyatakan ikrarnya untuk mendermakan kesemua bonus bersama tugasan kebangsaan termasuk hak imej atau tajaan dalam skuad kebangsaan, kepada badan kebajikan.

Jadi, Kylian Mbappe merasakan bahawa agak tidak kena jika dia menerima penaja dari syarikat perjudian dan juga makanan segera untuk tujuan murni.

Mbappe mahu menunjukkan imej terbaik kepada orang ramai terutama sekali kepada generasi muda dan badan kebajikan di bawah tajaannya.

Jadi, jika dia menerima tajaan daripada syarikat judi atau makanan segera, ianya dianggap tidak begitu elok untuk dikaitkan dengan pemain bola sepak profesional.

Mbappe enggan bersekongkol dengan syarikat judi dan makanan segera

Judi antara punca kepada skandal pengaturan perlawanan. Sementara makanan segera adalah salah satu ciri ciri cara hidup tidak sihat.

RMC melaporkan bahawa, ramai peminat awalnya menganggap Mbappe membantah isu berkaitan hak imej kerana mahukan wang lebih. Sebenarnya tidak! Ianya lebih kepada menjaga imejnya sebagai atlet profesional yang menyumbangkan wang tajaan di pasukan kebangsaan kepada badan kebajikan.

Laporan itu turut menyatakan bahawa isu ini turut berkaitan dengan kuasa pemain dalam mengawal imej mereka digunakan dan syarikat mana yang menaja.

Mbappe dilaporkan memulakan pemboikotan syarikat tertentu pada bulan Mac dan mahu berunding dengan FFF. Tetapi pertikaian itu belum diselesaikan.

Untuk menjelaskan lagi keadaan, Mbappe dilaporkan menolak untuk menerima tajaan daripada syarikat judi dan syarikat makanan segera.

Pada ketika ini, penaja utama pasukan kebangsaan Perancis termasuk Uber Eats, KFC dan Coca-Cola.

FFF sudah membuat kenyataan rasmi bahawa mereka akan berunding dengan pemain senior, presiden Noël Le Graët, Didier Deschamps, dan pengarah pemasaran tentang hak imej.

Mereka bersetuju untuk mengkaji semula isu berkenaan hak imej pemain pasukan kebangsaan.

Kenyataan itu dibuat susulan berita tentang Kylian Mbappe tolak sesi bergambar dengan pasukan bagi tujuan promosi pasukan mereka dan penaja.

Penyerang Paris Saint-Germain itu sudah lama menentang penggunaan imejnya untuk mempromosikan jenama tertentu seperti laman web pertaruhan dan kedai makanan segera.

“FFF berbesar hati untuk mengusahakan garis besar perjanjian baharu yang akan membolehkannya mengekalkan kepentingannya sambil mengambil kira kebimbangan dan perkara berkaitan yang sah yang dinyatakan secara sebulat suara oleh pemainnya.”

FFF cuba sedaya upaya mengelakkan masalah ini akan mempengaruhi persiapan pasukan mereka untuk kempen Piala Dunia 2022. Ini kerana Perancis ada sejarah hitam di mana pemain buat hal dalam kejohanan besar kerana protes.