Ketiadaan pemain kacukan Malaysia-England, Daniel Ting dalam pasukan KL City pada musim ini sejak bulan lepas menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Pemain yang berusia 29 tahun itu dilaporkan telah ditamatkan kontrak oleh KL City. Malah, Presiden KLFA, Khalid Samad mendedahkan punca utama Daniel digugurkan daripada skuad warga kota itu kerana enggan mengambil suntikan vaksin susulan peningkatan kes COVID-19.

“Daniel tidak mahu mengambil suntikan vaksin dan sekarang dia berada di UK. Dia dah tinggalkan KL City,” kata Khalid Samad melalui laporan dalam New Straits Times

Daniel Ting
Daniel Ting

Tempat Daniel Ting pada musim ini digantikan oleh pemain kacukan Malaysia-Australia, Declan Lambert yang telah beraksi dalam 2 perlawanan Liga Super setakat ini termasuk Piala Sumbangsih menentang JDT.

Musim 2021 menjadi kebangkitan bagi Daniel Ting dalam saingan Liga Malaysia dimana kali terakhir beliau beraksi di negara ini ialah pada musim 2018 PKNS FC atau yang kini lebih dikenali dengan Selangor 2.

Muncul sebagai pemain paling konsisten sepanjang musim 2021, namun Daniel tidak dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan bagi saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang dilangsungkan pada Disember 2021 hingga Januari 2022.

Khalid juga menjelaskan seorang lagi pemain import, Romel Morales masih bersama pasukan itu dan tidak beraksi dalam beberapa perlawanan kerana mengalami kecederaan.

“Morales cedera dan itu sebab kenapa dia masih belum beraksi pada musim ini. Namun, penyerang itu akan cergas dan dijangka akan diturunkan pada perlawanan menentang JDT di Stadium KLFA pada 6 April,” jelas Khalid.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

Terengganu Bantah Waktu Sepak Mula 8.15 Malam, Mahu MFL Tukar Kepada 9.00 Malam

Hanya Penyokong Lengkap Suntikan Dos Penggalak Sahaja Dibenarkan Masuk Ke Stadium

Penyertaan Perak FC Dalam Liga Malaysia Tidak Terjejas Walaupun PAFA Digantung