Pemain import Pulau Pinang, Endrick Dos Santos menyatakan kesediaan beliau untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Menurut laporan The Star, musim 2021 akan menjadi tahun kelima Endrick beraksi di saingan Liga Malaysia dan perkara itu membolehkan beliau untuk dijadikan sebagai pemain naturalisasi sekaligus dibenarkan beraksi bersama Malaysia.

Endrick berpendapat kualiti beliau semakin meningkat dan beliau merasakan layak untuk beraksi bersama pasukan negara.

Endrick Dos Santos
Sumber Gambar: FA Penang

“Seiring berjalannya waktu, permainan saya semakin meningkat. Sebab itu saya merasakan saya calon yang layak untuk beraksi bersama Malaysia.

“Tanpa ragu, ia akan menjadi satu penghargaan untuk menyarung jersi pasukan negara. Saya bersedia untuk menghadapi cabaran,” kata Endrick.

Sebelum ini, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan Endrick Dos Santos dan pemain sayap JDT, Gonzalo Cabrera bakal menerima kerakyatan Malaysia dan kedua-dua pemain ini boleh beraksi bersama pasukan negara.

Setelah mendapat kerakyatan Malaysia, TMJ turut mendedahkan Endrick bakal memperkuatkan barisan tengah skuad Harimau Selatan pada musim 2022 nanti.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Endrick Dos Santos Dan Gonzalo Cabrera Bakal Dapat Kerakyatan Malaysia

Daniel Ting Teruja Kembali Beraksi Bersama Safee Sali

Pemain Harimau Malaya Bakal Diberikan Suntikan Vaksin COVID-19 Sebelum Ke Luar Negara