Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Tugas berat sedang menanti pasukan Penang FC apabila mereka bakal bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) tanpa kelibat kapten, Endrick Dos Santos untuk aksi Liga Super di Stadium Bandaraya malam esok.

Pemain import dari Brazil itu dikritik hebat oleh para penyokong Penang kerana mempamerkan prestasi buruk ketika perlawanan menentang Selangor dimana mereka tewas 0-2 minggu lepas.

Bagaimanapun, Penang FC menafikan khabar angin yang menyatakan pemain tersebut telah digantung oleh pihak pengurusan kerana tidak bermain dengan baik sebaliknya diminta mengambil cuti rehat sehingga 31 Julai 2022.

Tindakan pengurusan merehatkan pemain itu turut disambut baik oleh para penyokong setia kerana mereka lebih percaya dengan kemampuan pemain tengah tempatan untuk mengekang kemaraan jentera serangan JDT.

Berdasarkan rekod, Endrick telah beraksi dalam 9 perlawanan Liga Super dan turut menjaringkan satu gol serta terlibat dalam tiga bantuan gol. Namun kehadirannya dalam pasukan tidak disenangi oleh sebahagian besar penyokong Penang.

Penang kini menghuni kedudukan tercorot Liga Super selepasĀ  hanya mencatat satu kemenangan dan empat keputusan seri dalam 11 perlawanan yang diharungi.

Kemenangan ke atas JDT akan membantu mereka memintas kedudukan Sri Pahang di tangga 11 sekaligus berpeluang untuk keluar daripada zon penyingkiran ke Liga Premier musim depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

MFL Terpaksa Rombak Jadual Perlawanan Liga Malaysia

Tan Cheng Hoe Nafi Sertai Selangor

Liga Super 2022: Forestieri Muncul Wira JDT Tewaskan Sabah Di Saat Akhir