Dua pemain import, Endrick Dos Santos dan Gonzalo Cabrera bakal mendapat kerakyatan Malaysia sekaligus menjadi pemain naturalisasi negara.

Perkara ini dikongsikan oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu temu bual bersama Astro Arena semalam.

Endrick beraksi bersama pasukan Pulau Pinang manakala Cabrera pula beraksi bersama JDT dalam saingan Liga Malaysia musim 2020 dan kedua-dua pemain sudah lebih dari empat tahun beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

Endrick mula beraksi di Malaysia bersama Felcra FC pada 2018 dan selepas itu beliau menyertai Selangor (2019) dan kemudiannya Pulau Pinang (2020). Pemain berusia 25 tahun ini akan melengkapkan tahun kelima pada 2022 nanti.

Endrick Dos Santos
Sumber Gambar: JST

Cabrera pula beraksi bersama JDT sejak 2017 dan pemain sayap kelahiran Argentina ini akan melengkapkan tahun kelima beraksi di Malaysia pada 2021.

Setelah mendapatkan kerakyatan Malaysia pada 2022 nanti, Endrick Dos Santos kemudiannya bakal memperkuatkan barisan tengah JDT.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Safawi Rasid Akan Kembali Ke Johor Darul Ta’zim Untuk Musim 2021

Kelab Bola Sepak Dan Badan Sukan Yang Bekerjasama Dengan UNICEF

JDT Umum Kerjasama Dengan UNICEF, Kini Sebaris Dengan Barcelona Dan Manchester United