Dua tonggak Penang FC, Endrick Dos Santos dan Casagrande Anselmo Arruda Da Silva antara pemain yang didapati bersalah dan bakal merima hukuman susulan pergaduhan yang berlaku pada Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru dalam perebutan Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2022 tempoh hari.

Hukuman yang dijatuhkan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu menyaksikan Endrick digantung dua minggu manakala Casagrande perlu menunggu lebih lama apabila beliau menerima hukuman selama sebulan.

Selain itu, dua pemain Terengganu II iaitu Muhd Aqil Irfanuddin Mohd Sabri dan Mohammad Ridzuan Mohd Razali turut menerima nasib yang sama.

Lebih malang buat Ridzuan apabila beliau terpaksa menghadapi penggantungan selama dua bulan, berbanding sebulan buat Aqil. Hukuman bagi keempat-empat pemain tersebut juga tidak boleh dirayu.

Berikut merupakan kenyataan penuh yang dikeluarkan Jawatankuasa Tatatertib FAM menerusi Timbalan Pengerusinya, Datuk Che Mokhtar Che Ali berhubung hukuman berkaitan insiden yang berlaku di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu:

Endrick Dos Santos. Kredit Foto: Penang Football Club

1. Kelab Bolasepak Terengganu II/Terengganu FC II

Kesalahan: Melanggar Artikel 54 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM akibat daripada kegagalan menjaga tingkah laku dengan baik apabila pemain-pemainnya bergaduh dengan pemain-pemain pasukan lawan (Penang FC) semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu yang menyebabkan kecederaan.

Hukuman: Kelab Bolasepak Terengganu II/Terengganu FC II didenda RM10,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

2. Kelab Bolasepak Penang/Penang FC

Kesalahan: Melanggar Artikel 54 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM akibat daripada kegagalan menjaga tingkah laku dengan baik apabila pemain-pemainnya bergaduh dengan pemain-pemain pasukan lawan (Terengganu FC II) semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu yang menyebabkan kecederaan.

Hukuman: Kelab Bolasepak Penang/Penang FC didenda RM5,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

3. Pemain Terengganu FC II – Muhd Aqil Irfanuddin Mohd Sabri

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM kerana didapati melakukan provokasi terhadap pemain pasukan lawan (Endrick Dos Santos Parafita) semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Hukuman: Pemain ini digantung selama sebulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya berkuatkuasa 24 Februari 2022 hingga 25 Mac 2022, didenda RM2,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

4. Pemain Penang FC – Endrick Dos Santos Parafita

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM kerana didapati berkelakuan ganas apabila telah menumbuk bahagian belakang pemain pasukan lawan (Muhd Aqil Irfanuddin Mohd Sabri) semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Hukuman: Pemain ini digantung selama dua minggu daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya berkuatkuasa 24 Februari 2022 hingga 9 Mac 2022, didenda RM1,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

5. Pemain Penang FC – Anselmo Arruda Da Silva

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM kerana didapati berkelakuan ganas apabila telah menendang dengan aksi ”flying kick” pemain pasukan lawan (Mohammad Ridzuan Mohd Razali) semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Hukuman: Pemain ini digantung selama sebulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya berkuatkuasa 24 Februari 2022 hingga 25 Mac 2022, didenda RM3,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

6. Pemain Terengganu FC II – Mohammad Ridzuan Mohd Razali

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM kerana berkelakuan ganas apabila telah menendang dan menumbuk muka pemain pasukan lawan (Muhammad Adib Abdul Ra’op) sehingga berdarah hidung semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Hukuman: Pemain ini digantung selama dua bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya berkuatkuasa 24 Februari 2022 hingga 24 April 2022, didenda RM4,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

Sumber