Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan senarai 24 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu pasukan ranking ke-93 dunia, Jordan pada 6 Oktober 2021 dan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan pada 9 Oktober ini di Amman, Jordan.

Beberapa muka baharu seperti Shahrul Nazeem, Mukhairi Ajmal, Arif Fadzilah, Faisal Halim, Kalamullah Al Hafiz dan Al Hafiz Harun disenaraikan disamping beberapa pemain yang pernah beraksi bersama skuad senior.

Namun, ketiadaan beberapa pemain utama pasukan negara dan kelab Liga Malaysia mencetus persoalan dimana aksi persahabatan kali ini dianggap penting kerana ianya menjadi persediaan bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.

Berikut adalah senarai pemain utama pasukan negara dan kelab Liga Malaysia yang tidak dipanggil oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe dan barisan pemain ini harus diberikan pertimbangan semula.

1. Natxo Insa

Pemain
Sumber Gambar: JST

Meskipun kali terakhir beraksi bersama skuad kebangsaan pada 2018, namun Natxo Insa masih dianggap salah satu pemain tengah terbaik dalam negara dan kehadirannya mampu untuk memperkuatkan bahagian tengah pasukan negara.

2. Safawi Rasid

Pemain
Sumber Gambar: Changsuek

Safawi sememangnya salah seorang pemain penting dalam skuad Tan Cheng Hoe sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

3. Arif Aiman

Pemain
Sumber Gambar: JST

Arif Aiman merupakan bintang muda pasukan negara dan beliau pernah beraksi bersama skuad senior ketika saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai pada Jun lalu.

4. Matthew Davies

Pemain
Sumber Gambar: FAM

Kehadiran Dion Johan Cools nyata tidak menggugat posisi Matthew dalam pasukan kebangsaan dimana sebelum ini beliau mengekalkan posisi pertahanan kanan.

5. Nor Azam Azih
Pemain

Sama seperti Insa, Azam dianggap salah seorang pemain tengah terbaik dalam saingan Liga Malaysia.

6. Shahrul Nizam Ros Hasni

Pemain
Sumber Gambar: TFC

Shahrul Nizam menampilkan prestasi yang cukup baik di bahagian pertahanan Terengganu musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Senarai 24 Pemain Skuad Harimau Malaya Yang Dipanggil Menjelang Perlawanan Persahabatan Berdepan Jordan Dan Uzbekistan

Sarawak United Sedia Beri Tentangan Sengit Dalam Piala Malaysia 2021

Kelayakan Piala Asia Wanita 2022: Malaysia Raih Kemenangan Pertama