Sebelum ini, penyerang skuad Malaysia bawah 18 tahun (B-18), Luqman Hakim Shamsuddin dilaporkan bakal menyertai sesi percubaan bersama kelab J. League 1, Cerezo Osaka pada bulan depan.

Terbaharu, setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan enam lagi pemain daripada pasukan Malaysia B-18 turut akan berangkat ke Jepun untuk menjalani ujian pemilihan bersama kelab FC Tokyo.

Menurut laporan daripada Stadium Astro, penempatan barisan pemain itu akan dijalankan secara berperingkat selepas mengambil kira beberapa faktor. Antara pemain yang berpotensi ialah pemain tengah, Mukhairi Ajmal, dan Firdaus Kaironisam yang telah menjaringkan 2 gol dalam saingan AFF B-18 ketika ini.

67885108_2441735882730572_3847753164879036416_o
FOTO: FA Cambodia

“Dalam hubungan di antara FAM dan Persatuan Bolasepak Jepun (JFA), sebahagian daripada kerjasama adalah tempat pemain muda kami dalam kelab mereka.

“Sebelum ini telah dijelaskan bahawa beberapa pemain sedang diusahakan untuk ke sana, tujuh pemain daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) akan cuba dihantar ke Jepun menerusi pasukan FC Tokyo dan Cerezo Osaka.

“Tarikh masih belum ditentukan memandangkan masih ada saingan kelayakan dan kejohanan yang perlu diselesaikan. Jadi, kami masih perlu pastikan ia dilengkapkan dalam tempoh yang terbaik,” jelas Stuart.

Ketika ini, Malaysia hanya mempunyai seorang pemain muda yang menyertai kelab J.League 2, Fagiano Okayama iaitu Hadi Fayyadh. Bagaimanapun, Hadi masih belum membuat penampilan pertamanya dalam saingan liga profesional setakat ini.

Sumber