Enam pasukan Liga Malaysia menjadi perhatian apabila tersenarai bagi anugerah Most popular team in Malaysia yang dikeluarkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

AFC baru-baru ini memilih enam pasukan dari setiap negara di Asia dan seterusnya membuat undian bagi memilih pasukan mana yang dianggap lebih popular di negara terbabit.

Enam pasukan Liga Malaysia yang tersenarai ialah juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), pemenang Piala Malaysia sebanyak 33 kali, Selangor, Kedah, Pahang, Perak dan pasukan dari Liga Perdana iaitu Kelantan.

Enam pasukan di atas dipilih berdasarkan pencapaian yang telah diraih baik dari saingan liga domestik mahupun di peringkat Asia.

Rata-rata pasukan di atas pernah memenangi saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia selain pernah mencipta nama di saingan peringkat kelab di pentas Asia.

Enam
Aksi Gopi ketika menentang Selangor. FOTO: Pahang FA

JDT pernah memenangi saingan Piala AFC pada 2015 di mana mereka menewaskan kelab Tajikistan, FC Istiklol.

Selangor pula pernah mara ke perlawanan akhir saingan Asian Club Championship atau yang kini dikenali dengan nama AFC Champions League (ACL) pada 1967.

Anda boleh mengundi pasukan pilihan anda di sini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Kisah Anak Malaysia Pikat Jurulatih England U15, Kecewa Gagal Terima Sokongan Untuk Kekal Sebagai Pemain Akademi QPR

Tiga Kali Masuk Stadium Secara Haram, Penyokong Terengganu Ini Bayar Semula Duit Tiket

“Kita Tidak Boleh Bandingkan Skuad Saya Dengan Tan Cheng Hoe”