Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Hussin Deraman mengesahkan mereka bakal berdepan sekurang-kurangnya 6 kes yang masih berada dalam penelitian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membabitkan tunggakan gaji pemain import.

Menurut laporan daripada Arena Metro, belum pun selesai kes tuntutan gaji Cassio De Jesus, KAFA juga kini perlu membayar tunggakan gaji seorang lagi bekas pemain import mereka, Bruno Lopez berjumlah RM141,103.60

“Kafa memang berdepan dengan sekurang-kurangnya enam kes Fifa kerana seperti sedia maklum semua bekas pemain import terbabit mahu membawa perkara itu ke peringkat lebih tinggi.

“Sekarang ini apa yang boleh kita lakukan hanya menunggu tuntutan daripada semua pemain terbabit yang dikenal pasti berjumlah hampir RM2 juta.

“Jika gagal membuat pembayaran, Kelantan berhadapan dengan situasi lebih bahaya dengan kedudukan kewangan semakin meruncing kemungkinan sukar untuk menyelesaikan pembayaran terbabit,” katanya.

1-9

Bruno Lopez menyertai Kelantan pada musim 2018.

Kegagalan menyelesaikan tunggakan gaji tersebut turut menyebabkan pasukan ini berdepan risiko digantung oleh badan induk bola sepak dunia itu dan mungkin terus berkubur seperti pasukan Perlis.

Mengenai kes tunggakan gaji Casio De Jesus, KAFA telah berjaya mengumpul kutipan derma berjumlah RM15,000 hasil sumbangan penyokong dan orang ramai secara dalam talian setakat semalam.

Mereka akan terus bekerja keras mengumpulkan dana dalam usaha melupuskan hutang lapuk yang seakan-akan sudah menjadi barah buat badan induk itu ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, pelbagai usaha telah dilakukan oleh badan induk itu termasuklah mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan tertinggi kerajaan negeri.

“Alhamdulillah, hari ini barisan kepimpinan KAFA yang diketuai oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Afandi Hamzah telah mengadakan kunjungan hormat keatas pucuk pimpinan bagi memohon bantuan dari segi kewangan dalam usaha meredakan sedikit tekanan dalam menyelesaikan isu hutang.

“Selain aspek kewangan, pertemuan itu juga turut membincangkan soal bantuan-bantuan lain yang boleh dihulurkan oleh kerajaan negeri kepada KAFA,” katanya kepada Unit Media Kelantan FA.

Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji yang melibatkan beberapa pasukan Liga Malaysia seperti dilaporkan sebelum ini.

MUSA Lunaskan Tunggakan Gaji Pemain Bagi Bulan Februari

Pemain Kedah Baru Terima 50 Peratus Gaji Februari, Mac Dan April Masih Tertunggak

Skuad Piala Belia Dan Piala Presiden Kelantan 2019/2020 Pula ‘Mengadu’ Tidak Dibayar Gaji Di Media Sosial

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group