Wakil tunggal Liga Malaysia di kejohanan AFC Champions League musim 2020, Johor Darul Ta’zim akan membuka tirai saingan menentang kelab dari J. League, Vissel Kobe dimana perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Misaki Park pada Rabu ini.

Seperti yang kita sedia maklum, Vissel mempunyai barisan pemain yang pernah beraksi di Eropah serta mempunyai kualiti yang tersendiri. Di sini, kami senaraikan empat pemain Vissel Kobe yang harus diberikan perhatian khusus oleh pemain Johor Darul Ta’zim pada Rabu ini.

1. Andres Iniesta

Andres
Sumber Gambar: Le JSL

Bekas pemain Barcelona yang juga ketua pasukan ini akan menjadi nadi utama Vissel dalam merencanakan gerakan serangan sekaligus memastikan juara Emperor’s Cup 2019 itu memulakan saingan ACL dengan kemenangan. Barisan pertahanan JDT perlu berdisiplin serta berhati-hati sepanjang perlawanan bagi mengawal beliau.

2. Douglas

Empat
Douglas. Sumber Gambar: Shimizu S-Pulse

Douglas menjadi senjata baharu Vissel setelah beliau menyertai kelab itu dari Shimizu S-Pulse. Dalam saingan J1 musim lalu, Douglas menjaringkan 14 gol dan beliau akan menjadi duri dalam daging bagi JDT.

3. Gōtoku Sakai

Empat
Gotoku Sakai. Sumber Gambar: Kyodo News

Sama seperti Iniesta, Sakai mempunyai pengalaman beraksi di Eropah di mana beliau pernah menyarung jersi Hamburger SV dan VfB Stuttgart di Jerman. Full-back berusia 28 tahun ini bakal menggalas tugas untuk mengawal Safawi Rasid ataupun Gonzalo Cabrera.

4. Kyogo Furuhashi

Empat
Kyogo Furuhashi. Sumber Gambar: Twitter Kyogo Furuhashi

Furuhashi menampilkan aksi cemerlang dimana beliau membantu Vissel Kobe memenangi Super Cup baru-baru ini dengan menewaskan Yokohama F Marinos. Ketiadaan Lukas Podolski serta David Villa dilihat memberi laluan kepada Furuhashi untuk tampil dalam kesebelasan utama.

Baca artikel lain mengenai Johor Darul Ta’zim dan Vissel Kobe di sini:

Vissel Kobe Daftarkan Tiga Pemain Asing Bagi Hadapi AFC Champions League 2020

Safawi Rasid Mahu Raih Keputusan Positif Berdepan Vissel Kobe

Johor Darul Ta’zim Diundi Sebagai AFC Cup Club Of The Decade