Empat pemain negara yang beraksi di luar negara akan terus diterbangkan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadapi baki aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perkara ini disuarakan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam ketika memberi komen mengenai proses suntikan vaksin kepada pemain Malaysia di luar negara.

“Keempat-empat pemain akan terus diterbangkan ke Dubai dan berkumpul dalam satu bubble yang telah disediakan oleh FA UAE dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),” kata Stuart.

Tambah Stuart, program vaksinasi bukan dikawal oleh badan bola sepak melainkan dikawal oleh badan kerajaan sesebuah negara dan beliau menegaskan vaksin bukan kriteria utama bagi pemain bola tetapi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat merupakan perkara penting.

Empat pemain negara yang beraksi di luar negara ialah Luqman Hakim (KV Kortrijk), Liridon Krasniqi (Newcastle Jets), Dominic Tan (Police Tero) dan Junior Eldstal (Chonburi FC).

Stuart turut menambah pihaknya sedang berhubung dengan badan bola sepak negara berkaitan mengenai bekalan vaksin dan tidak berdepan masalah sekiranya perlu membayar bagi mendapatkan vaksin COVID-19.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Ong Kim Swee: Kita Perlu Beri Bimbingan Buat Skuad Projek FAM/MSN

Ariff Farhan Masih Belum Berpuas Hati Dengan Aksi Ditampilkannya

Saddil Ramdani Enggan Dabik Dada, Hargai Bantuan Rakan Sepasukan