Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan mereka akan menandatangani empat pemain baharu untuk menambah kekuatan skuad pada jendela perpindahan pertengahan musim.

Menurut kenyataan rasmi  Alistair Edwards, Pengarah Teknikal JDT,  mereka terdiri daripada dua pemain luar negara dan dua pemain tempatan dan akan menyertai pasukan itu dalam masa terdekat.

Perkembangan tersebut turut disahkan oleh pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkata pasukan berkenaan sudahpun dapat khidmat empat pemain itu.

“Selesai tugas menandatangani dua pemain import dan dua tempatan. Kelab berada dalam keadaan baik dan negeri ‘under control’.

“Lebih banyak peningkatan dalam berapa bulan mendatang untuk kedua-duanya,” katanya menerusi hantaran di instagram beliau.

Berdasarkan khabar angin di media sosial, difahamkan salah seolah pemain dari luar negara yang bakal menyertai skuad Harimau Selatan ialah pemain naturalisasi Indonesia, Jordi Amat di posisi pertahanan.

Bagaimanapun, Jordi menafikan khabar angin tersebut dan menyatakan beliau tidak akan menyertai mana-mana kelab dalam masa terdekat kerana mahu fokus menyelesaikan segala proses dokumentasi bagi menjadi warganegara Indonesia.

Selain Jordi, pemain tengah Sri Pahang, Azam Azih turut dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan JDT. Azam dilihat sebagai pilihan terbaik untuk memperkuatkan jentera tengah Harimau Selatan bagi menggantikan tempat Natxo Insa yang mengalami kecederaan.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan pemain pertahanan Negeri Sembilan, Khuzaimi Piee bakal menyertai JDT dan dijangka akan menggantikan tempat Aidil Zafuan yang semakin merosot prestasinya.

Siapakah 4 pemain baharu tersebut? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada JDT.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

Liga Super: Tok Gajah Nyaris Leburkan Rekod Tanpa Kalah JDT

Sabah Pasukan Pertama Tempah Tiket Ke Suku Akhir Piala FA 2022

Syihan Hazmi Nafi Baca Mantera Depan Pintu Gol

Lebih 22,000 Penyokong Telah Hadir Menyaksikan Perlawanan Derbi Selatan Di Stadium Paroi