Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gagal untuk melengkapkan dokumentasi bagi mendapatkan perlesenan kelab selepas tarikh akhir tamat pada 30 Ogos lalu.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata empat pasukan terbabit ialah dua dari saingan Liga Super manakala dua lagi daripada saingan Liga Perdana.

Menurut Stuart, empat pasukan tersebut hanya gagal untuk menyerahkan dokumen berkaitan kewangan kepada badan induk bola sepak negara itu.

Empat Pasukan
Sumber Gambar: FAM

“Semua sudah hantar (dokumen), cuma ada empat pasukan yang belum lengkap. Tapi kami memahami masalah dihadapi kerana dokumen (kewangan) membabitkan pihak ketiga.

“Tarikh akhir (hantar dokumen pelesenan) sudah berakhir dan tiada tempoh lanjutan diberikan. Tetapi 15 September adalah tarikh akhir untuk dokumentasi kewangan.

“Jadi keputusan secara menyeluruh akan dibuat oleh First Instance Body (FIB) Perlesenan Kelab FAM. Kalau ada pasukan yang hantar lewat, keputusan akan dibuat FIB selaku jawatankuasa bebas,”katanya menurut laporan Harian Metro.

Empat Pasukan
Sumber Gambar: FA Selangor

Sebelum ini, FAM telah menetapkan tarikh 30 Ogos sebagai tarikh akhir untuk semua pasukan Liga Malaysia melengkapkan proses pelesenan bagi mendapatkan lesen untuk bertanding di saingan musim hadapan.

Selain dokumentasi pelesenan, semua pasukan turut diwajibkan melakukan proses penswastaan atau pertukaran status dari persatuan bola sepak (FA) kepada kelab bola sepak (FC) yang akan berakhir pada 30 September ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Pemilik Kelab Bola Sepak Australia Berminat Beli Skuad Helang Merah?

Jendela Perpindahan Thai League Masih Terbuka, Police Tero Minat Bawa Sumareh Ke Thai League?

KAFA Adakan Mesyuarat Tergempar, ZamSaham Terbang Ke Kota Bharu Pagi Ini Muktamadkan ‘Deal’?