Baru-baru ini, penyerang skuad kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn menyuarakan hasrat untuk beraksi di saingan Liga Malaysia sebelum bersara dari dunia bola sepak profesional.

Umum diketuai, Adisak merupakan salah seorang penyerang terbaik yang pernah dilahirkan oleh skuad Gajah Perang dan pernah memenangi kejuaraan, baik di peringkat kelab mahupun antarabangsa.

Di sini, kami senaraikan empat pasukan Liga Malaysia yang boleh mendapatkan khidmat Adisak Kraisorn sekaligus meningkatkan kualiti bahagian serangan.

1. Pahang

Kraisorn
FOTO: Pahang FA

Pahang masih meletak kepercayaan terhadap Dickson Nwakaeme untuk memimpin jentera serangan pasukan musim ini.

Sekiranya Dickson sudah mula hilang sentuhan, Adisak dilihat pengganti yang sesuai.

2. Felda United

Kraisorn
Aksi Khairul Amri bersama Felda United musim 2020. FOTO: MFL

Lagenda Singapura, Khairul Amri menerajui jentera serangan Felda United dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Adisak dilihat menjadi pengganti yang sesuai sekiranya Felda mahu mengubah barisan serangan mereka kerana sama seperti Amri, Adisak mempunyai pengalaman luas di pentas Asia Tenggara.

3. Petaling Jaya City FC

Kraisorn
Sumber Gambar: Petaling Jaya City FC

Barisan serangan yang sedikit tumpul menyebabkan PJ City menduduki tangga ke-10 dalam carta Liga Super.

Jika mereka mahu mencari penyerang baharu, Adisak merupakan calon yang sesuai untuk memimpin jentera serangan.

4. Sabah

Kraisorn
Sumber Gambar: Sports247

Dua penyerang import Sabah iaitu Rodoljub Paunović dan Guy Gnabouyou hanya menjaringkan satu gol dalam saingan Liga Super setakat ini.

Sekiranya Sabah mahu mencari penyerang baharu bagi menggantikan salah seorang pemain di atas, Adisak Kraisorn boleh dipertimbangkan.

Baca artikel lain mengenai pemain Thailand di sini:

Theerathon Bunmathan: Thailand Berkembang Kerana Dibarisi Pemain Yang Beraksi Di Luar Negara

Charyl Chappuis Mahu Kembali Barisi Pasukan Kebangsaan Thailand

Adisak Kraisorn Mahu Beraksi Di Liga Malaysia Sebelum Bersara