Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini meletakkan sasaran untuk mara ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun 2020 untuk skuad Malaysia bawah 19 Tahun (B-19).

Menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, beliau menuntut skuad kendalian Brad Maloney mampamerkan aksi terbaik dalam Kejohanan AFF B-19 di Vietnam yang akan bermula pada bulan depan.

Justeru itu, empat pasukan Liga Malaysia bakal menentang skuad Malaysia B-19 dalam satu perlawanan persahabatan untuk menilai prestasi pemain sebelum menyenaraikan  pemain terbaik ke kejohanan tersebut.

67164324_2283164815113603_2344992434980651008_n
FOTO: FAM

Antara pasukan yang bakal menguji kemampuan anak buah Brad Maloney itu ialah pasukan Liga Super, iaitu PJ City, dan tiga pasukan Liga Perdana melibatkan PDRM, Terengganu II dan Selangor United.

Maloney menyifatkan empat pasukan itu umpama tapisan terbaik untuk dia mendapatkan pemain yang memiliki kriteria penting untuk membawa nama selaku juara bertahan.

“Mereka merupakan pasukan yang berkualiti dan ia akan menjadi cabaran serta ujian terbaik buat skuad kendalian saya bagi menghadapi kejohanan di Vietnam nanti,” katanya dalam Stadium Astro.

67190851_2283167145113370_6065894500981538816_o
FOTO: FAM

Maloney bagaimanapun mengakui bukan mudah untuk membina skuad yang mantap dengan barisan pemain yang baru kerana dia terpaksa bermula dari bawah untuk melihat pemain yang benar-benar layak.

“Segalanya masih lagi awal dan kami dalam proses penilaian. 35 pemain yang menyertai sesi latihan akan dinilai menerusi perlawanan persahabatan yang telah ditetapkan dan kami akan menyenaraikan 23 pemain terakhir bagi menghadapi Kejohanan AFF B-18 nanti.”

Seramai 35 pemain telah dipanggil ke kem latihan pusat yang bermula sejak hari sabtu lalu sebagai persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi kejohanan AFF B-18 dan kelayakan AFC B-19 pada bulan depan.

Dalam senarai tersebut, 12 pemain daripadanya merupakan pelatih daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) manakala baki pemain kebanyakannya daripada skuad Piala Belia dan Piala Presiden negeri.

ACL VOCKET-01-01

Selepas lima belas hari berlatih di Wisma FAM, Kelana Jaya (20 Julai hingga 3 Ogos 2019), 23 pemain terbaik akan dipilih untuk membawa cabaran negara di kejohanan AFF B-18 di Ho Chi Minh City, Vietnam pada 4 Ogos 2019.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B dan akan bertemu tuan rumah, Vietnam pada 7 Ogos 2019 (Rabu) dalam aksi pembuka tirai sebelum menentang Singapura pada 9 Ogos 2019 (Jumaat), Kemboja pada 11 Ogos 2019 (Ahad), Australia pada 13 Ogos 2019 (Selasa) dan Thailand pada 15 Ogos 2019 (Khamis).

Sumber