Tindakan empat lelaki memakai topeng muka penyerang Liverpool, Mohamed Salah untuk tujuan merompak mengundang padah apabila mereka ditahan oleh pihak polis di Kaherah, Mesir.

Identiti sebenar mereka ‘kantoi’ ketika cuba merompak sebuah kedai di Jalan Hassanein Heikal, di kejiranan Nasr City dekat ibu kota Mesir. Belum sempat melarikan diri, pihak polis berjaya menahan mereka lalu dibawa ke balai.

Mereka bakal didakwa di mahkamah atas kesalahan melakukan rompakan dan bakal dihukum penjara dalam tempoh yang cukup lama.

Polis amat mengenali wajah topeng tersebut kerana Salah merupakan bintang besar di negara itu. Dia adalah pemain utama skuad kebangsaan Mesir dengan rekod 41 gol dalam 67 perlawanan.

Popularitinya semakin meningkat sejak berhijrah ke Liverpool pada 2017. Salah juga merupakan wira Mesir kerana sepakan penaltinya membolehkan mereka layak ke pentas Piala Dunia 2018.

Pemain berusia 28 tahun itu menyumbat gol tersebut ketika mereka mengatasi Congo 2-1, membolehkan Mesir pertama kali ke Piala Dunia dalam masa 28 tahun.

Kehebatan Salah menjaringkan lebih 70 gol dalam 100 penampilan bersama Liverpool meletakannya sebaris legenda-legenda lain seperti Robbie Fowler, Michael Owen dan Luis Suarez.

Apa yang pasti, bekas pemain AS Roma dan Chelsea ini lebih popular daripada ahli politik serta pemerintah di Mesir.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak dari seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Bekas Pemain Liverpool, Daniel Sturridge Bakal Sertai Buriram United?

UEFA Akhirnya Akui Pengadil Membantu Kemenangan 6-1 Barca Ke Atas PSG

Guna Patung Seks Sebagai Penonton Di Stadium, FC Seoul Mohon Maaf