Empat kelab terkemuka daripada Liga Perdana Inggeris, Leicester City, West Ham United, Everton dan Arsenal kini sedang bersaing untuk mendapatkan khidmat bintang Iran, Sardar Azmoun menurut laporan daripada Persian Football. 

Meskipun liga di seluruh dunia sedang berhenti susulan penyebaran wabak pandemik COVID-19 namun barisan ‘scout’ daripada kelab eropah masih memantau pemain itu.

Azmoun yang dikenali sebagai ‘Messi Iran’ sebelum ini turut dikaitkan dengan kelab dari Itali, Napoli yang menunjukkan minat untuk menandatangani pemain itu pada jendela perpindahan yang akan datang.

West Ham dan Leicester City sedia menawarkan kontrak bernilai 30 juta pound (RM161 juta) untuk mendapatkan bekas pemain Rubin Kazan itu.

Everton dan Arsenal dijangka akan mengambil langkah untuk berunding dengan kelab yang diwakili oleh Sardar ketika ini iaitu Zenit St. Petersburg.

Prestasi Azmoun bersama Zenit St Petersburg cukup menakjubkan apabila menjaringkan 26 gol dalam 45 penampilan sejak menyertai kelab itu.

Beliau juga pernah dikaitkan dengan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool bagi menggantikan tempat Divock Origi namun perpindahan itu masih belum berlaku sehingga kini.

Pemain berusia 25 tahun itu telah mewakili skuad kebangsaan Iran pada tahun 2015 dan 2019 dalam kejohanan Piala Asia dan beliau juga turut beraksi dalam kejohanan Piala Dunia 2018.

Beliau menyertai Rubin Kazan dari kelab Iran, Sepahan pada tahun 2013 dan dipinjamkan ke FC Rostov pada musim 2015/16. Azmoun kemudian dipindahan ke Rostov dengan kontrak tetap untuk musim 2016/17 sebelum Rubin membawanya kembali pada tahun 2017.

Pada bulan Februari 2019, kelab gergasi Rusia, Zenit St. Peterburg telah menandatangani Azmoun dengan kontrak selama 3 tahun setengah sekaligus menjadi antara pemain termahal di Iran.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Bojan Hodak Akui Gaji Pemain Liga Indonesia Lebih Rendah Daripada Liga Malaysia

Bekas Jurulatih Saigon FC Beri Sebab Mengapa Pemain Thailand Berjaya Diluar Negara Berbanding Vietnam

Buriram United Mula ‘Buang’ Pemain, Bakal Tamatkan Kontrak Semua Pemain Import Musim 2020.