Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Perdana Menteri UK Boris Johnson dan FA England mengutuk sekerasnya tindakan segelintir penyokong England yang menyerang Bukayo Saka, Jadon Sancho, dan Marcus Rashford dengan komen berbaur perkauman di media sosial.

Tiga pemain tersebut gagal menyempurnakan penalti mereka dan membuatkan England penentuan penalti 2-3 dalam aksi final Euro 2020.

Bukayo Saka paling teruk, sehingga ada yang menyuruhnya berambus dari negara England dan pulang ke Nigeria. Sebelum ini Bukayo Saka memilih untuk mewakili England berbanding dengan Nigeria yang merupakan negara asal keluarganya.

https___s3-images.sportbible.com_s3_content_03a424f060eb5cda15122aface17797f

Polis UK sedang menyiasat perkara tersebut dan menyatakan bahawa tindakan seperti itu adalah tidak boleh dimaafkan.

Perdana Menteri, Boris Johnson mengecam tindakan rasis tersebut dan berpendapat bahawa pasukan bola sepak England ini seharusnya menjadi kebanggaan, dijulang sebagai wira dan bukannya diserang dengan perkauman di media sosial.

Boris berkata: “Pasukan England ini berhak dijulang sebagai wira, bukannya diserang dengan rasis di media sosial. Mereka yang bertanggungjawab di atas serangan rasis di media sosial ini harus berasa malu dengan diri sendiri.”

FA England menegaskan bahawa mereka sangat kecewa dengan serangan rasis di media sosial ke atas 3 pemain tersebut.

“Kami tidak jelas siapa mereka di sebalik kelakuan jelik ini dan tidak dialu alukan untuk mengikuti pasukan kami lagi.”

“Kami akan melakukan apa yang termampu untuk menyokong pemain yang terkesan dan meminta hukuman paling berat ke atas mereka yang bertanggungjawab.”

“Kami akan meneruskan segala usaha untuk melawan diskriminasi ini agar ianya tidak berada dalam permainan ini, namun kami berharap kerajaan bertindak segera untuk menguatkuasakan perundangan tegas agar mereka yang rasis ini mendapat pengajaran dalam hidup mereka.”

“Penyedia perkhidmatan media sosial harus bangun dan bertanggungjawab, serta mengharamkan pengguna media sosial seperti ini di platform mereka. Kumpulkan bukti yang boleh membantu kita mengambil tindakan dan mewujudkan platform media sosial yang bebas daripada bentuk serangan seperti ini.”

Sebelum ini, pada Mei lalu, Rashford pernah menggariskan isu serangan rasis ke atasnya selepas dia gagal menyempurnakan penalti dalam penentuan penalti final UEL.

Ia membawa kepada kempen memboikot sementara media sosial oleh kelab kelab EPL, para pemain serta beberapa tokoh lain.

Baca juga artikel

Bonucci: ‘Kepada Peminat England, Bola Sepak Tak ‘Coming Home’, Tetapi Terbang Ke Rom’

Shearer Kritik Southgate Masukkan Rashford & Sancho Semata Mata Untuk Ambil Penalti

Euro 2020: ‘It’s Coming Rome’, Kejuaraan Jadi Milik Itali

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group