Bekas penjaga gol Arsenal, Emiliano Martinez sekali lagi bercakap tentang bekas pasukannya, Arsenal.

Terbaru, penjaga gol kebangsaan Argentina itu mendedahkan bahawa dia sebenarnya tidak pernah mahu untuk pergi ke Arsenal pada 2010.

Martinez masih mahu bermain untuk Independiente. Namun atas dasar kebajikan keluarganya, maka pemain itu terpaksa ke Arsenal.

Menurut Martinez, jika pemain Argentina lain, dengan mudah menerima tawaran dari kelab EPL, namun Emi Martinez pula menganggap ianya keputusasn yang sukar.

Bercakap kepad El Pais, Martinez berkata: “Arsenal datang mencari saya dan Pepe Santoro [jurulatih Independiente]. Dan mereka memberitahu bahawa keretapi itu hanya lalu sekali sahaja dalam seumur hidup saya.”

“Ejen dan keluarga saya pun berpendapat yang sama. Jadi keputusan saya pada masa itu lebih kepada kerana mereka berbanding perkara lain.”

“Saya tak nak pergi ke Arsenal, tetapi saya juga tidak menyesalinya. Saya cuma mahu bermain Independiente. Beberapa ketika saya berfikir, jika saya kekal dalam dua tahun lagi, saya akan melakukan debut untuk Indepediente.”

“Keluarga saya tak ada duit. Saya mengambil keputusan itu kerana perkara itu berbanding dengan kesukanan.”

Martinez bermain dua musim sebagai pemain akademi Arsenal dan kemudian menyertai Oxford United secara pinjaman di League Two.

Kemudian beliau menyertaik Getafe dan Sheffield Wednesday, Rotherham United, Wolves dan Reading – kesemuanya secara pinjaman.

Martinez akhirnya dipanggil ke sekuad utama Arsenal pada musim 2019/20 dan beliau membantu Arsenal menjuarai Piala FA serta Perisai Komuniti.

Selepas gagal mendapat jaminan daripada Mikel Arteta, untuk bermain lebih banyak perlawanan, Martinez meminta dijual ke Aston Villa. Dan beliau berjaya menjadi penjaga gol kebangsaan Argentina selepas aksi cemerlang bersama Villa.

Baca juga artikel

Van Gaal Tembak Wartawan Yang Cadangkan Agar Belanda Bermain 5-3-2 Defensif Macam Chelsea

Edu: ‘Kedudukan Liga Tak Penting Buat Masa Ini, Kerana Arsenal Sedang Membina Asas’

Aksi Brazil-Argentina Dihentikan, Pegawai Kesihatan Brazil ‘Tangkap’ 4 Pemain EPL Menipu Elak Kuarantin