Pemain kacukan Thailand-Sweden, Elias Dolah menegaskan beliau tidak berdepan sebarang masalah untuk menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan dalam pasukan kebangsaan Thailand menjelang perlawanan kedua dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Dunia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dolah dipanggil buat kali pertama oleh ketua jurulatih, Akira Nishino bagi memperkuatkan benteng pertahanan dan beliau merupakan satu-satunya pemain baru dalam pasukan. Pemain Port FC ini berazam membantu skuad Gajah Perang memperoleh kemenangan kedua setelah berjaya mencatat kemenangan pertama ketika menewaskan Indonesia bulan lalu.

Elias Dolah
FOTO: Port FC

“Kami banyak mengadakan perbincangan. Pasukan akan menerapkan corak permainan seperti biasa dan pemain sudah sedia maklum tentang apa yang harus mereka lakukan. Saya berasa selesa kerana saya mengenali hampir kesemua pemain dalam pasukan. Tiada masalah untuk saya mengenali semua orang

“Saya datang ke sini untuk menjalankan tugas saya. Saya sangat berbangga kerana dipilih menyertai pasukan kebangsaan. Apa yang penting ialah pasukan mencatat keputusan positif tak kira saya beraksi ataupun duduk di bangku simpanan,” kata Elias Dolah menurut laporan Fox Sport Thailand.

Elias Dolah
Elias Dolah

Thailand terlebih dahulu akan turun menentang Congo pada esok dalam satu perlawanan persahabatan sebelum menjamu UAE di Stadium Thammasat pada 15 Oktober ini.

Dalam carta kumpulan G, Thailand sedang mendahului dimana mereka mengutip empat mata selepas dua perlawanan diikuti dengan UAE dengan kutipan tiga mata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaa Thailand di sini:

Thailand Turun Menentang UAE Tanpa Kelibat Chanathip Songkrasin

Thailand Umum Senarai 23 Pemain Bagi Hadapi Congo Dan UAE