Artikel ini adalah merupakan versi kemaskini kepada artikel yang diterbitkan pada 21 Mac 2020 yang lalu dimana pemain-pemain skuad Piala Presiden serta Piala Belia pasukan Kelantan masih tidak menerima elaun seperti yang dipersetujui dalam kontrak.

VocketFC sekali lagi berjaya untuk mendapatkan kisah sebenar dari pemain skuad tersebut dan menyatakan bahawa tunggakan elaun masih lagi tidak dibayar sejak tahun 2019 lagi sehinggakan ada diantara mereka yang sudah muak dan bosan untuk cuba mendapatkan hak mereka kerana seolah-olah tiada apa perkembangan.

Namun apa yang menariknya, kami difahamkan bahawa ada sekitar 20 orang pemain yang menerima ‘duit raya’ dari pihak persatuan sebanyak RM200 sebagai belanja hari raya.

Perkara ini turut mengundang perasaan yang kurang senang dikalangan pemain yang mungkin tidak diberikan duit raya selepas elaun mereka ‘tergantung’ tanpa sebarang jawapan yang boleh diterima akal.

KAFA yang kini berdepan dengan pelbagai masalah lain termasuk tuntutan tunggakan gaji dari bekas pemain import mereka sebelum ini Cassio de Jesus, selain telah dikenakan sekatan untuk mengambil pemain baru oleh MFL boleh diandaikan sudah cukup ‘nazak’ dalam bola sepak Malaysia.

EYrww0wU8AAB7V5

2 hari lalu, Pengarah Urusan Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari melepaskan jawatan dan menyaksikan syarikat After Image Sdn Bhd sebagai pihak berkepentingan terbesar dalam TRW Sdn Bhd turut menarik diri sebagai rakan kongsi rasmi pasukan, menurut laporan oleh Berita Harian.

Apakah pasukan ini mampu untuk meneruskan saingan musim ini dengan situasi dalaman yang cukup kritikal disebabkan faktor kewangan yang lemah? Adakah pemain mahu meneruskan aksi ‘demi lencana didada’?

Inilah realiti yang harus diterima oleh penyokong pasukan Kelantan khususnya. Gomo Kelate Gomo!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

Khairul Fahmi: Halim Napi Idola Saya Diawal Karier, Jarang Penyerang Rebut Bola 50-50 Atau 70-30 Denganya

Media Indonesia Laungkan Hanya Vietnam Mampu Halang Mereka Muncul Juara AFF Suzuki Cup 2020.

FA Thailand Sasar Kedudukan Top 100 FIFA Ranking Jika Lolos Ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2022.

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group