Susulan keputusan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pihak Berkepentingan Bola Sepak FIFA tahun lepas, peraturan baharu berkenaan  pemain pinjaman dalam bola sepak, dan kini sedia untuk dilaksanakan.

FIFA mahu kelab kelab besar dan kaya lebih bertanggungjawab dalam memajukan pemain dengan memberikan lebih peluang kepada pemain untuk beraksi.

Di mana ada beberapa pasukan kaya mereka menandatangani pemain dan kemudian meminjamkan mereka ke kelab lain atas pelbagai alasan, dan kemudian menandatangani pemain  baru.

Cadangan sudah punn diserahkan kepada Majlis FIFA dan berkuat kuasa pada 1 Julai 2022.

Pengenalan rangka kerja kawal selia baharu untuk pemain pinjaman merupakan satu lagi langkah penting dalam konteks pembaharuan sistem perpindahan yang lebih luas.

Di mana prosesnya sudah bermula pada 2017. Pada mulanya dirancang untuk dikuatkuasa pada Julai 2020. Namun perlaksanaan peraturan baharu itu terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

FIFA menyatakan bahawa ada 3 teras dan objektif dalam rombakan peraturan ini:

– Membangunkan pemain muda
– Menggalakkan keseimbangan persaingan
– Menghalang timbunan pemain

Untuk memastikan objektif ini tercapai, rangka kerja pengawalseliaan baharu akan merangkumi:

– Keperluan perjanjian bertulis yang mentakrifkan terma pinjaman, khususnya tempoh dan keadaan kewangan sesebuah kelab

– Tempoh pinjaman minimum, iaitu selang antara dua tempoh pendaftaran, dan tempoh pinjaman maksimum, iaitu satu tahun

– Larangan meminjamkan semula pemain profesional yang telah dipinjamkan kepada kelab ketiga

Had bilangan pinjaman pemain setiap musim antara kelab yang sama: di mana hanya maksimum 3 pemain boleh dipinjamkan atau dipinjam di antara 2 kelab yang sama.

Had ke atas jumlah pemain pinjaman kelab setiap musim: Bagi memastikan ini dilaksanakan dengan lancar, akan ada tempoh peralihan secara berperingkat seperti berikut:

– Dari 1 Julai 2022 hingga 30 Jun 2023, sebuah kelab dibenarkan meminjamkan atau meminjam maksimum lapan pemain profesional sahaja dalam satu masa.

– Dari 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2024, peraturan yang sama digunakan tetapi dengan maksimum tujuh profesional.

– Akhir sekali, mulai 1 Julai 2024, peraturan yang sama akan digunakan tetapi terhad kepada maksimum enam pemain profesional sahaja.

Pemain berumur 21 tahun dan lebih muda serta pemain akademi kelab akan dikecualikan daripada had ini.

Di peringkat domestik, persatuan ahli FIFA akan diberi tempoh tiga tahun untuk melaksanakan peraturan bagi sistem pinjaman yang selaras dengan prinsip yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.