Perang di antara Florentino Perez dengan El Confidential berterusan. Ini apabila publikasi tersebut menyebarkan satu lagi rakaman perbualan melibatkan pihak presiden Real Madrid itu.

Sebelum ini El Confidential membocorkan audio rakaman perbualan Perez mengutuk Raul dan Casillas sebagai ‘scammer’ serta kesilapan terbesar kelab sehingga penyokong memuja pemain tersebut yang dianggap legenda Real Madrid.

Perez mengancam tindakan perundangan dan menegaskan bahawa rakaman sekerat itu tidak membuktikan apa apa selain daripada niat jahat mahu menjatuhkan beliau di tengah tengah usahanya mahu membentuk Liga Super Eropah.

Seterusnya, El Confidential membocorkan audio kedua — di mana Perez kali ini mengutuk Ronaldo dan Mourinho sebagai dua orang bodoh dan memiliki ego setinggi langit.

Bukan itu sahaja, pada hari yang sama El Confidential membocorkan audio Perez menganggap Vicente Del Bosque sebagai buta taktikal dan sebab kenapa Real Madrid tidak berminat mendapatkan semula bekas pengurus yang pernah memberikan mereka La Liga itu.

Florentino Perez

Dan terbaru, El Confidential membocorkan rakaman perbualan di antara orang kanan Perez, pihak ACS Group (Syarikat Perez) dengan dua pegawai kerajaan Mexico ketika era pentadbiran presiden Felipe Calderon.

Perez dikatakan mengarahkan naib presidennya, Naib presiden Real Madrid, Fernando Fernández Tapias menggunakan Real Madrid untuk memenangi tender projek bernilai ratusan juta euro di Mexico.

florentino-perez-kUX–1024×512@abc

Seterusnya, Tapias turut menawarkan layanan istimewa daripada pegawai kerajaan terpilih Mexico untuk aksi Real Madrid vs AC Milan.

Dalam rakanam tersebut, naib presiden Real Madrid, Fernando Fernández Tapias bercakap kepada wakil kerajaan Mexico dengan menyatakan dia sudah menghubungi beberapa menteri di Mexico untuk membawa masuk Real Madrid ke negara tersebut.

Pegawai kerajaan yang berhubung dengan Tapias, dipercayai bernama Georgina Kessel yang menjadi setiausaha di Kementerian Sumber Tenaga Mexico. Yang kemudiannya menjadi CEO di syarikat Sepanyol, Iberdrola.

Seterusnya seorang lagi dipercayai Fernando Gomez Mont Urueta yang menjadi setiausaha di jabatan hal ehwal dalaman pentadbiran presiden Felipe Calderon.

Pegawai tersebut kemudian berkata: “Nerd, boleh tak kami [pegawai kerajaan] melawat Real Madrid.”

Tapias membalas: “Kita tengok nanti, kita akan jemput kami menaiki pesawat kami. Nanti masa kami berada di hotel, saya akan jemput kamu.”

Pada 2008, syarikat perkapalan milik Tapias yang turut ada Florentinio Perez sebagai pemegang saham telah memenangi tender Pemex bernilai €200 juta.

Syarikat tersebut dikatakan mendapat tender keseluruhan6.37 billion dari Pemex / Petroleum Mexico dalam masa lebih 15 tahun.

Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh Proceso pada 2008, Fernandez Tapias pertama kalinya menghubungi Juan Camilo Mouriño, pada bulan pertama pentadbiran Calderón  (2006-2012).

Camilo merupakan ketua pegawai pejabat Presiden dan membuat lawatan keluarga ke rumahnya di Vigo 2017. Dan selepas lawatan itulah ACS dihadiahkan tender kontrak besar tersebut.

Fernandez merupakan pemegang amanah Yayasan Real Madrid dan sebagai naib presiden dalam lembaga pengarah kelab, antara Julai 2000 hingga Julai 2006 dan kemudian dari Jun 2009 hingga Jun 2013, kemudian menjadi naib presiden pada 2 Jun 2013.

Audio ini dikatakan telah menjadi salah satu skandal terbesar dalam bola sepak antarabangsa.

Baca juga artikel

Tuchel Mahu Chelsea Dapatkan Declan Rice Yang Diletakkan Harga £100 Juta Oleh West Ham

Wayne Bridge Sakit Hati Tengok Mancini Juara: “Kerana Dia ‘Tactician’ Yang Teruk”

Gara Gara Menyanyi Bella Ciao, Pemain Baru, Hysaj Dikecam & Dicaci Teruk Penyokong Lazio