Seperti yang kita sedia maklum, bekas penyerang skuad B-19 tahun negara, Zafuan Azeman beraksi bersama Angthong FC dalam saingan Thai League 3 musim ini.

Penulis berjaya menemu bual Zafuan dan beliau sempat berkongsi perkembangan terkini sepanjang beraksi bersama Angthong.

“Saingan liga telah berhenti selama dua minggu kerana penularan wabak Coronavirus (COVID-19). Namun, kami masih lagi menjalani sesi latihan seperti biasa.

Zafuan Azeman

Sumber Gambar: Angthong FC

“Alhamdulillah semua di sini ok. Perlawanan pertama saya kekok sedikit dan perlawanan kedua saya mula mendapatkan rentak bersama pasukan.

“Beraksi di sini banyak membantu saya dan ada sedikit perbezaan antara Thai League 3 dan juga Liga Malaysia. Bagi saya, Thai League 3 mempunyai persamaan dengan saingan Liga Perdana di Malaysia,” kata Zafuan Azeman.

Zafuan turut memberitahu kelebihan yang ada dalam saingan Thai League 3 yang tidak ada dalam saingan Liga Malaysia.

Zafuan Azeman

Sumber Gambar: Angthong FC

“Di sini mereka lebih profesional. Ada kelebihan buat pemain muda di mana pasukan harus menurunkan sekurang-kurangnya tiga pemain pemain berusia bawah 21 tahun dalam kesebelasan utama.

“Kualiti padang di sini lebih baik dan ramai pemain yang mempunyai kualiti beraksi di Thai League 3. Kebanyakan pasukan menerapkan fast football and strong football,” tambah Zafuan.

Zafuan merupakan salah seorang pemain Malaysia yang beraksi di Thailand selain Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United) dan Dominic Tan (Police Tero).

Baca artikel lain mengenai pemain Malaysia di Thailand di sini:

Police Tero FC Tunggu Keputusan Ujian Staf Pertama Berisiko Tinggi Positif Wabak COVID-19

BG Pathum United Umumkan Jersi ‘Nameset’ Norshahrul Idalan Talaha Akan Dijual Pada Hari Isnin

Zafuan Azeman Sarung Jersi Bernombor 9 Bersama Angthong FC

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group