Beberapa hari lalu, tersiar beberapa artikel bahawa pemain import pasukan Terengganu dari England, Lee Tuck yang dilaporkan sedang menanti untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.

VocketFC semalam telah menghubungi Lee Tuck – yang kini dalam perjalanan pulang ke England bagi menyambut tahun baru bersama keluarga, untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut secara terus mengenai perkara ini.

Ikuti temubual kami bersama Lee Tuck.

Beberapa hari yang lalu ada beberapa artikel dari media utama melaporkan anda berminat untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia. Apa yang bermain difikiran anda sehingga kenyataan itu diluahkan?

Lee Tuck: Tiada apa yang difikirkan sangat ketika ini dan hanya menunggu apa sahaja keputusan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan saya akan lihat apa yang boleh dilakukan selepas itu.

Jika perkara ini menjadi kenyataan, bagaimana dengan penerimaan keluarga anda? Atau memang perkara ini sudah dibincangkan bersama mereka kerana kami percaya ia satu keputusan yang cukup besar untuk dibuat dan bukan mudah.

Lee Tuck: Ya, keluarga saya faham mengenai perkara ini dan saya akui ini sememangnya satu keputusan yang besar dan penting dalam hidup saya. 

Kami telah berbincang mengenai perkara ini bersama-sama dan mereka memahami betapa pentingnya karier bola sepak dan kenapa saya melakukan perkara ini.

Mereka akan mengikut apa saja keputusan yang akan saya buat dan saya sangat bernasib baik memiliki ahli keluarga yang sentiasa menyokong penuh apa yang saya lakukan.

38948707_461563774311940_5857768816838180864_n

Menganggotai skuad kebangsaan melalui ‘heritage method’ tidak menjamin kedudukan anda dalam skuad kebangsaan. Apa komen anda mengenai perkara ini secara jujur? Adakah anda sanggup untuk mengambil risiko ini?

Lee Tuck: Ya, benar. Saya faham dan sedar bahawa tiada sebarang jaminan untuk saya berada dalam skuad kebangsaan. Jika saya tersenarai, pastinya ia adalah satu perkara yang hebat.

Tetapi ini adalah peluang untuk saya dan juga ini juga adalah sebahagian dari bola sepak dan saya bersedia untuk itu.

Didalam pasukan Terengganu, apakah anda menerima sokongan dan galakan dari rakan sepasukan serta jurulatih untuk mewakili Malaysia?

Lee Tuck: Ya, saya menerima sokongan dan galakan dari rakan-rakan sepasukan serta barisan jurulatih di Terengganu untuk meneruskan perkara ini. Saya merasa sangat bertuah berada bersama mereka.

Mereka banyak menberikan pandangan kepada saya mengenai perkara ini dari pelbagai sudut serta situasi dan mereka berada dibelakang saya.

47682619_523375964797387_3872928755634667520_n

Sekiranya perkara ini mejadi realiti, anda akan muncul sebagai pemain ke 7 melalui ‘heritage method’. Secara holistik, adakah anda rasa perkara ini akan membantu meningkatkan lagi bola sepak Malaysia diperingkat domestik dan antarabangsa?

Lee Tuck: Saya percaya ia boleh membantu skuad kebangsaan Malaysia dan juga saingan liga domestik tetapi semuanya bergantung kepada pemain-pemain dimana mereka perlu cukup bagus untuk bersaing.

Jika mereka tidak mempamerkan aksi yang bagus, dalam bola sepak pastinya mereka yang lebih baik akan mendapat tempat dan terlibat dalam aksi bersama pasukan.

Mesej kepada semua penyokong bola sepak Malaysia mengenai perkara ini (mewakili Malaysia diperingkat antarabangsa)?

Lee Tuck: Ya saya menerima banyak maklum balas dari penyokong Malaysia, dan ianya sangat positif.

Saya merasa terharu dengan apa yang mereka lakukan seperti menghantar mesej dan memberikan komen dilaman sosial serta ketika berjumpa diluar padang dan memberikan kata-kata yang baik kepada  saya.

Terima kasih kepada mereka semua dan saya merasa cukup bersyukur.

Lee Tuck dilihat sudah bersedia untuk memikul tugas dan menghadapi apa sahaja risiko untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia dimasa depan serta teruja untuk membantu bola sepak Malaysia diperingkat domestik!